Tuesday, December 8

Mana?

Kalau engkau boleh lihat seperti apakah rupa hatiku sekarang, apa tidak terlanjurkah bila aku bilang hati ini adalah seperti dram yang di setiap kali kau pukulkan  tubuh hati ini dengan kerinduan,  dia akan menggigil menahan  pedih.

Mana pergi cinta itu kalau seperti apa yang pernah kau cuba buktikan cinta itu akan ada setiap kali bibir menyebut. Dan tidakkah engkau mahu munculkan diri atau paling bisa bertanyakan berapa juta kali tak terhitungkan bibir seperti berzikir namamu sedangkan Tuhan itu Yang paling Agung. Tak mahu kau munculkan diri malah kau dalam pelukan sesaorang yang tak pernah kau kenalkan padaku, kekasihmu yang paling dahulu.

Thursday, August 6

Belum bisa bangun. (atau mengada-ngada)

Sayang, apa khabar hari ini? 

Sayang, hari ini hari ke-515 kapal terbang hilang. Jadi ke-515 yang lepas saya ingat yang hubungan kita semakin renggang. Waktu awak jujur mahu menghentikan misi kita untuk bernikah. Awak masih ingat lagi sayang? Sejak hari itu saya tak keruan sayang. Makan minum juga tak menentu. Tidur apatah lagi. Saya perempuan biasa sayang, saya rapuh diuji begini.

Sayang, hari ini khabarnya kapal terbang hilang sudah di temui. Tapi sedih sayang, yang kembali bukan seperti yang semua impikan, yang kembali cuma bangkai pesawat. (Tapi ada juga bilang ini satu pembohongan. Entahlah)

Sayang, samalah seperti kita sayang. Di 515 hari ini saya berdoa yang baik-baik sahaja. Semoga sayang kembali dan tunaikan janji-janji tapi sayang...

Yang kembali cuma gambar-gambar sayang yang terlalu bahagia tanpa saya.

Kemudian sayang, saya akhirnya akan tersedar hikmahnya sayang. Bencana yang menimpa kita biasa-biasa aja. Sedih yang kita lalui biasa-biasa aja, penat dan rasa menyesal yang terjadi juga biasa-biasa aja. Ini cuma teguran biasa-biasa dari Tuhan. Ada orang diuji suaminya hilang tiba-tiba, ada orang diuji hartanya dirampas begitu saja, ada orang diuji lebih luar biasa kan sayang?

(Saya tanya Tuhan, apa suatu hari nanti awak kembali? Tuhan masih tak jawab sayang, atau apa mungkin jawapannya bukan sekarang.)

Saturday, July 25

Move on lah wei Part: lV (Cubaan pertama untuk melupakan)

Dia menyebut nama yang bukan jodohnya lima enam kali. Pagi itu, doanya malah yang paling jujur selama dua puluh tiga tahun dipinjam nyawa. Isi kandungan doanya pagi itu adalah nama si bukan jodohnya. Dirayu kuat-kuat dan dalam tangis yang paling memohon-mohon. Paling sedih sekali. Jujur, kali ini dia mahu meminta Tuhan mengubah jodohnya yang telah tertulis tinggi nun di Loh mahfuz.

Tet tett..
Notafikasi pesanan ringkas masuk. Dan isi kandungannya adalah tentang rindu. Dan pengirimnya adalah sang lelaki yang bukan jodohnya.

Telefon bimbit dimatikan. Dengan kemeja biru dan seluar kelabu, dia ambil langkah pertama. Cinta tak lagi menyebelahi. Keretapi tak menunggu. Dia berlari anak meninggalkan stesen.

Dan yang tertinggal bukan lagi tempat tinggal, tetapi kenangan yang disusun rapi. Sorokkan ia cepat! Sebelum dia kembali dan menyelongkar yang bukan penting lagi!

Augustus, 2014.

Saturday, July 18

Move on lah wei Part:lll (Memories and Dreams)

“Suka majin bu ke?”
“Mestilah suka. Dulu masa Ale kecik-kecik selalu curi duit ma pergi beli komik dragonball.”
“Ee nakal gila! Ma tahu tak?”
“Tak. Sampai sekarang tak tahu. Hihihi.”

“Enish dulu nakal ke?”
“Nakal. Tapi dalam diam. Sampai sekarang Mak selalu puji yang kita anak paling senang nak jaga. Baik. Dengar cakap. Padahal. Kahkah.”

Sebelum mereka mematikan perbualan dengan menari salsa di bawah pohon ceri.
Bahagia.


Semoga suatu hari nanti, anak kita tak nakal.
Sebab kita dulu, nakal;
Nakal gila.

Tuesday, July 14

Move-on lah wei part:ll (Our Juhd and Inara)

(Our Juhd and Inara; How Mat Ale rejected Mak Enish)

“Sejak bila pakai cekak rambut?”
Lama betul tak jumpa Mat Ale sebab Honda Mat Ale buat hal. Dalam tempoh yang lama tu, Mat Ale dah tukar imej. Dengan jersi Chelsea, cekak rambut dan rambut yang agak panjang, Mat Ale di seat sebelah bukan lagi Mat Ale yang dulu. Dia kelihatan serius dan sejuk (dingin). Pandangan Mat Ale terhadap Mak Enish bukan lagi renungan yang biasa-biasa yang penuh rasa cinta. Renungan kali ini penuh keterpaksaan dan menyampah. Tetapi Mat Ale masih mampu menyembunyikan perasaan menyampahnya. Mat Ale masih tenang seperti dalam cerita 'How I met your father' yang lepas.

“Haah. Dah tukar imej sekarang.” Mat Ale menjawab pendek sebelum menghidupkan enjin saga Abe Dir. Sesekali membetulkan letak cekaknya di atas kepala. Perjalanan sunyi. Hanya bunyi pesanan wechat Mat Ale yang riang berdenting. Hati Mak Enish resah. Sejak Mat Ale tukar telefon bimbit baru, rajin betul telefon bimbitnya berbunyi. Sakit betul jiwa Mak Enish bila tahu bunyi itu datang dari pesanan wechat Mat Ale. Entah minah rempitz mana yang Mat Ale sedang buru sekarang. (Hanya mat rempit ada wechat). Lantas Mak Enish menepis sangkaan buruknya. Kali ini Mak Enish nekad, ini bakal suaminya, dia mesti bersangka baik.

Dan di dalam perjalanan itu, dua antara mereka tidak gembira. Masing-masing menyembunyikan perasaan dengan jayanya. Mungkin masa itu, chemistry masih milik mereka. Suasana sunyi di pecahkan dengan soalan serius Mat Ale yang pertama. Ada tiga soalan serius yang Mat Ale tujukan pada Mak Enish hari itu. Dan soalan-soalan itu benar-benar membunuh jiwa Mak Enish.

“Pernah dengar lagu tolong tepi sikit tak?” 
Mat Ale memulakan bicara dengan senyuman sinis.
“Tak pernah. Kenapa?”
“Nanti tolong dengar. Lagu tu best.” 
Sebelum Mat Ale menyambung senyum sinis dan fokus ke pemanduan. Mak Enish yakin ini satu arahan, bukan berkongsi lagu kegemaran seperti dulu. Dan cepat-cepat Mak Enish memasang earphone di telinga dan apa yang Mak Enish terima adalah satu petanda. Jilake!
Apa yang kau mahu semua ku beri Apa yang kau mahu (mahu) mahu apa lagi Bagaimana aku pula, a-a-aku serik Jadi aku ingin jalan sana tolong tepi sikit
Mak Enish masih berpura-pura tenang dan husnuzon. Ini tak lebih dari berkongsi lagu kegemaran. Mak Enish cuba menyedapkan perasaan. Keadaan terkawal untuk seketika. Earphone dicampakkan ke dalam beg tangan sebelum Mak Enish dikejutkan dengan soalan kedua.

“Boleh tak nak risap rokok?”
Soalan ini soalan lazim. Mak Enish sedikit tenang dengan soalan ini. Nampaknya Mat Ale tak berubah terlalu jauh.
“Hm. Macam mana dengan azam tahun baru kita? Misi kita? Mat Ale kan janji nak berhenti?”
Mak Enish nampaknya telah tersalah langkah. Soalan itu mengundang soalan ketiga yang menusuk jantung.
“Bila Enish boleh menenangkan Ale macam kotak rokok ni? Rokok ni lebih menenangkan dari seorang Mak Enish.”
Mak Enish mengetap bibir dan melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta. Sah! Mat Ale betul-betul dah lupakan misi masa depan. Mat Ale dah lupa impian naik basikal dengan dua orang anak bersama Enish yang bernama Juhd dan Inara. Sah! Mat Ale bukan Mat Ale yang dulu! Mak Enish kena move-on dari sekarang!”
Detak hati Mak Enish sebelum curi-curi menyeka airmata di balik tingkap kereta sambil mengkeronyok kotak rokok Mat Ale.

Akan bersambung... 

Monday, July 13

Move-on lah wei Part:l (A survivor is too busy to survive)

Aku beberapa kali menggolek-golekkan badan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan mengekalkan posisi. Hanim di sebelah sibuk dengan telefon bimbit. Sesekali aku meletakkan bantal pemberian Mat Ale ke atas muka. Sebenarnya bantal tu Mat Ale pinjamkan tapi aku buat harta. Juga alas tidur hijau kelakar (Mat Ale yang kasi nama) yang aku gunakan sekarang. Aku henyakkan sepenuh hati sambil membayangkan aku sedang menghenyak hati Mat Ale. Padan muka! Bantal yang berat memenyekkan lagi hidung jambuku. Dan tanpa sedar ada senyuman mekar di bawah bantal.

“Nem, kau tahu tak kenapa aku steady je tengok gambar Mat Ale bersanding?” soalan itu juga terbit di bawah bantal. 

Hanim yang sibuk menelaah telefon bimbit berhenti seketika. Renungan pendek diberikan kepada aku dan disambut dengan senyuman penuh makna.

“Sebab kau ada boyfriend kan?” Hanim mula menyerkap jarang.
“Kau silap Nem. Boyfriend amende tah aku dah resign jawatan seorang makwe selama tujuh tahun. Aku steady sebab aku sepatutnya berbangga. Walaupun tak kahwin dengan Mat Ale tapi aku pernah win hati dia. Kau tahu siapa yang pertama dia bawak jumpa mak dia? Aku. Yang pertama dia belikan cincin, aku. Yang pertama mak dia peluk, aku. Yang pernah menikmati cinta dan kasih sayang dan perhatian dia pun aku. Aku dulu.”

Hanim menepuk lembut bahu aku sambil melepaskan keluhan kecil. Telefon bimbit sudah tak dipedulikan lagi. Hanim yakin aku perlukan bantuan segera. Setengah minit kemudian Hanim bilang dengan tenang,
“Move on la weiii.”

Aku kembali meletakkan bantal Mat Ale ke atas muka. Kali ini tiada senyuman yang memekar. Cuma tangisan yang ditahan-tahan dan azam untuk survive keluar dari fasa gerak-atas (baca:move on)

Sekian.

Saturday, June 27

Move on, let go and air jagung.

Move on senang.
Let go tu yang payah.

Move on senang.
Sampai masa kau sendiri pandai.
Pandai lupa dia bila kau minum teh ais, walaupun itu minuman rasmi kau dan dia.

Let go tu yang payah.
Bila kau tak boleh dengar cerita yang dia kahwin.
Dan tanpa sedar beberapa titis airmata menggelegak.

Tapi percayalah. 

Bila kau dah mula rasa inilah masa terbaik untuk let go, kau akan let go and sorry is unvalid.

Dan berbahagialah kau dalam kau yang baru.

Selamat pengantin baru.
May you have the best wedding
The best wife
The best life, here and after.

Sadakallahulazim.

Cheers air jagung.