Friday, May 18

MOVE ON.

Hanya orang yang pernah bercinta dan putus cinta sahaja yang akan faham entri ini . Ye hanya orang yang pernah bercinta dan pernah putus cinta sahaja kerana perkataan move on hanya akan biasa didengar oleh orang yang telah kehilangan sesuatu . Sesuatu yang dia sayang . Kerana sewaktu anda bercinta samalah seperti anda sedang berjalan , mungkin berlari bagi yang lebih expert dan selepas anda kehilangannya (iaitu cinta tersebut) maka disitulah anda akan berhenti . Berhenti disini bukan lah bermakna stop , tetapi anda pause seketika kerana itulah wujudnya perkataan move on . Move on lah sayang , kumbang bukan seekor . Bunga bukan sekuntum .

Makanya dalam fasa putusnya cinta yang dianggap cinta mati pada masa tersebut (tetapi tak sama sekali) ramailah yang mahu menjadi peganti tempat mengadu pada anda dan makin banyaklah ayat-ayat klise seperti , sudahlah sayang kumbang seekor , saya kan ada . Sayangku beribu-ribu bunga ditaman suntinglah mana yang kau mahu . Dan ianya tidaklah sekali-kali menenangkan jiwa anda yang kacau melainkan menambah lagi kuatnya esakan anda . Yang anda mahu bukan kumbang mahupun bunga , hanya dia . Betul idak ? 

Fasa ini fasa yang perih . Jika fizikal anda sudah gedabak , mental anda cukup kental sayangnya iman masih luluh maka gugurlah anda pada fasa ini . Maka wujudlah andartu dan bujang terlajak (maaf ini tiada mengena dengan yang belum sampai jodohnya) , kes bunuh diri dan masalah mental diusia muda . " . . Aku putuskan untuk berhenti bercinta disini , "  atau " apalah ertinya hidup kalau sebelumnya aku sudah 'mati' . . . "

Anda anugerah dekan di kolej anda . Anda abang atau kakak harapan bagi adik-adik anda . Anda anak yang baik . Anda satu-satu nya harapan semua orang . Tapi anda putus cinta ditengah-tengah cerita hidup anda , anda terlupa Tuhan menguji dan anda memilih untuk berhenti selamanya (stop) . Anda gagal ! Sayang kan ?

Dan mungkin yang akan menunding jari kepada saya . Anda akan rasakan yang saya hanya perlu meluangkan beberapa minit untuk menaip , tetapi anda yang rasa bahana perihnya impian bersatu yang musnah itu . Sayangnya anda salah . Saya juga pernah putus cinta . Saya juga pernah melakukan hal-hal yang bodoh . Saya masih menunggu dia . Walhal apa yang berlaku bukanlah salah saya . Bagaimana saya melalui masa itu ? Bagaimana saya move on ? Dan bagaimana keadaan saya hari ini ?

Saya tampalkan nama-namanya memenuhi dinding . Saya luahkan perasaan saya seorang diri pada sebuah buku . Saya stalk facebooknya . Sehinggalah suatu hari saya temukan gambarnya dengan gadis . Penuh dengan komen-komen yang jelas terang tak perlu bersuluh itu peganti diri saya . Saya block dia dari fb , saya buang nombor telefonnya , saya tukar nombor saya buat seketika , saya cabut nama-namanya , saya buang buku itu . Saya menangis , menangis . Saya buang ego saya . Saya menangis dengan Tuhan

Sekarang saya bebas !


Sebenarnya kamu mesti tahu , siapa mahu tolong kamu untuk bangkit selepas terjatuh kalau bukan dirimu sendiri ?

Sometimes you have to forget whats gone , appreciate what still remains, and look forward to what's coming next ...

“…and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.” 
[2:216, al-Qur'an]

Allah has a plan for you . Don't worry .

credit to : Lara Jolisa

13 comments:

fatin adawiah said...

be strong dear .. times will heal everything..banyakkan berdoa ok^^ Allah know the best for u ^__^

Iffah Afeefah said...

Move on the you have to keep look forward

Cik Lia Lomi said...

Lia tak pernah lagi bercinta dan tak pernah lagi rasa di sakiti... tafsir potongan ayat alquran akhir itu benar. Allah tahu apa yang kita tak tahu.

Eera Shera said...

yg patah tumbuh kan hilang berganti..cewah..

serahkan hati pd Allah, hati tu x kan pernah disakiti ;)

M Fizan said...

wiuuuu.. so nice... saya pernah rasa semua ni. i've been through this so many times. :)

yeah, it's true conclusion. KEEP MOVING ON ^_^

Ninaaa said...

Boleh ajar how to confess to crush yg dlm masa yg sama bff sendiri?

:'(

Mishter Izwän said...

that rite . jgn jadi kan semua tuh sbg penghalang utk kite mengubah keadaan diri sndri . ape pun msti redha dngn semua yg terjadi . jgn terlalu obses dengan cinta . :p



1st time here . feel free to visit speechless009

ikaa sharin said...

chill laa sis . there's many fish in the sea :)

chemay said...

sangat sangat sangattt suka entry ni.
its not easy to move on.
even chemay dah lama putus dengan ex tu.
tapi still masih ada sikit rasa sayang tu.
tapi chemay jadi kuat bila mengadu n menangis pada Allah.
Allah sentiasa bagi yg terbaik untuk kita kan.
:')

Useriez said...

forgive n forget..

Selendang Merah said...

cinta itu sgt dldm sekali kita jatuh susah untuk kita kembali hidup seperti biasa kalau kita tak kuat..sm jugak penah alami benda yg sama..tapi semua tu dh kembali oke bila sm dh jumpa sesuatu yg luar biasa iaitu kekuasaan Allah. Allah dh tetapkan jodoh kita dengan sape..so x yah kita sedih..baek kita menanti jodh yg Allah tetapkan itu..

O CIKTEDDY said...

times will heal the heart..eh no! kita yg ubati diri sndiri ^^

cimöt said...

i know how that feeling..

aku pernah bercinta dan aku sendiri yg memutuskannya..aku rasa berdosa dgn hubungan yg tiada ikatan sah..aku rasa sia2 belaka..ya! aku sedih..spt kau katakan hilang sesorang yg disayang..tp sampai mana sayangnya jika nak dibandingkan dgn kasih dan sayang-Nya? starting that point, i just set to let anyone to be my jodoh as Allah already knows who's gonna be my jodoh.. serius hidup ini jd lebih tenang..