Sunday, June 17

Pergi.

Aidil memang budak lelaki yang nakal ! Paling nakal dalam kelas seingat saya . Setiap kali bergaduh mulut berkejar-kejaran lah satu kelas . Biasalah baru tingkatan satu , dua . Memang jenis tak berapa matang lagi . Suka mengejek , suka main kejar-kejar , main tarik-tarik tudung , pijak kasut . Kadang-kadang rasa marah sangat dengan dia . Dia memang sangat nakal dan saya , saya memang tidak sukakan dia . 

Masuk tingkatan Empat , saya berpindah sekolah . Bermulalah episod baru bagi saya , Aidil dan teman-teman seperjuangan yang lain . Masing-masing ada cerita sendiri . Masing-masing ada alasan sendiri untuk tetap disana atau membawa diri . Dua tahun berlalu , kami semua tamat tingkatan Lima . Tiada siapa yang tahu cerita selepas episod pertukaran sekolah dahulu . 

Sementara menunggu mana-mana tawaran ke IPTA , saya mendaftar ke tingkatan Enam . Untuk memuaskan hati Bonda dan ayah yang tak mahu saya goyang kaki dirumah . Saya memang tidak mahu bersekolah lagi . Saya telah penat beruniform . Dengan terpaksa saya adalah pelajar tingkatan Enam bawah aliran sains . Di sekolah baharu itu juga saya bertemu kembali dengan Aidil . Kawan tempat bergaduh mulut dahulu ! Ya Allah , gembiranya . Saya fikir selepas berpindah tak mungkin lagi bertemu kawan-kawan dahulu . Aidil bekerja di kantin sekolah . Family nya dapat tender disitu kalau tidak silap saya . Jadinya setiap kali rehat saya adalah insan yang gembira sebab tak perlu beratur panjang membeli makan !

Aidil masil kenal saya . Masih lagi juga ingat nama saya , juga nama gelaran yang tak baik untuk saya . Aidil masih sama seperti dahulu , tapi mungkin lebih kacak , lebih matang tingkah lakunya . Alhamdulillah . Ya Tuhan saya gembira bertemu kembali dengan dia !

Seminggu bergelar pelajar tingkatan Enam , saya meninggalkan sekolah itu . Saya tetap dengan pendirian tak mahu belajar lagi . Saya ikutkan hati remaja saya . Dan hari itu juga , saya tidak lagi bertemu Aidil . Itulah kali terakhir saya menatap wajah kawan saya . Ya , dia kawan saya dan saya tak lagi membenci dia !

Beberapa ketika kami hanya berhubung di laman Facebook . Dia selalu menghantar chat . Topiknya seringkali adalah cerita masa-masa dulu . Masa-masa yang sangat bermakna bagi kami . Kadang diusiknya saya dengan gelaran-gelaran yang saya tidak suka . Tapi saya tidak lagi sakit hati . Tiada lagi rasa marah . Suatu hari saya dipelawa menemaninya bersama rombongan meminang gadis pilihan hatinya . Saya berasa sangat bertuah kerana diundang meskipun saya tidak lebih dari kawan lamanya . Tetapi malangnya saya hanya anggap itu satu gurauan . Segalanya terhenti disitu . Adalah beberapa kali dia menghantar pesanan ringkas bertanyakan khabar . Dan selepas itu tiada lagi .



Hari ini , 17 Jun 2012 , saya dikejutkan dengan wall post teman  , saya tidak yakin dan bertanyakan kesahihan pada seorang lagi teman . Ya , mimpi ngeri saya kini realiti . Dia telah pergi meninggalkan saya , kami , semua . Ya Allah dugaan apa ini ?

Kalaulah saya tahu dia pergi secepat ini , kalaulah saya tahu saya tak mungkin menghadiri majlis pernikahan nya suatu hari nanti , kalaulah saya tahu dia tidak akan pernah jejakkan kaki dihari persandingan saya suatu hari nanti , kalaulah saya tahu saya mesti tunaikan permintaannya untuk mengikut rombongan meminang itu , tapi manusia , manusia memang suka guna perkataan kalau

Kerana mungkin saya yang terakhir mendapat khabar ini . Terpaku saya lama dihadapan komputer riba ini . Saya sedekahkan Al-fatihah . Bayangan Aidil menerpa beberapa kali . Ya Allah , maha kuat dugaan ini . 

Semoga Roh mu dicucuri rahmat , semoga engkau tenang disana , semoga engkau adalah kalangan yang berada di Jannah . Aku halalkan apa sahaja yang pernah kau ambil atau lakukan pada aku . Aku anggap sahaja hadirnya engkau adalah untuk melengkapkan cerita masa remaja kita . Semoga engkau telah pun memaafkan kesalahan aku , engkau telah pun halalkan apa sahaja . Kembali lah engkau dengan tenang . Ya , aku tahu , aku tahu yang Allah memang lebih sayangkan engkau ! 



Al-fatihah buat Mohamad Aidil b. Maidin yang telah pergi akibat kemalangan jalanraya semalam . Juga buat Mohamad Fauzi b. Jailani yang juga pergi akibat kemalangan jalanraya . 

berita lanjut : sinarharian

10 comments:

UniMeOw said...

innalillah...

alFatihah..sabar ye yunk...huhu

Asyiqin Haulisah said...

tabahkan hati mu sayang. yg pergi pasti pergi. kita juga bakal menyusul. AL-FATIHAH.

miza kimbum said...

innalillah,takziah.moga tabah dan kuat .

diera_nadiera ulalaaa~ said...

innalillah.. :'(
al-fatihah buat keduanya..
semoga ALLAH melimpah ruahkan rahmat ke ats kedua nya..insyaALLAH..
be strong ya si cantik.. :')
kawan yang baik itu menemani kita di dunia dan di akhirat sna. :')

Iffah Afeefah said...

Ya Allah!

teringat Aidil y sy knl


sian plak kat bakal isteri die kan

lynn kamarul said...

sebak baca entri ni. alfatihah

ஜ miss klanika ஜ said...

mst berat dgn perkahabaran tue. Al fatihah ~

muhsin.aminudin said...

alhamdulillah sempat jugak jumpe ye?

LaLa mhdnor said...

Al-Fatihah...
semoga kedua duanya dicucuri rahmat.

Anonymous said...

picican rociah pochecewy... susah nak sebut.. :D :D :D