Thursday, May 16

Nakal.

Masih terbayang saat-saat bonda gua tepek bedak sehingga gua putih dari anak cina. Masa itu pukul 2 petang kalau tak silap. Gua dengan seluar pendek hijau paras paha, T-shirt pun nak hijau juga dan dengan rambut potongan boycut, gua tunggu bonda gua panaskan enjin motor. Gua tunggu belakang kereta Merah ayah, yang sangat power tatkala itu. Gua bukan mahu merewang ke Mall-mall tanpa arah tujuan, gua mahu ke taska, gua masih 5 tahun ketika itu. 

Masih terbayang saat-saat, gua dengan seragam merah, dengan rambut masih lagi dengan gaya boycut, dan naluri gua yang inginkan rambut panjang, tetapi tak pernah kesampaian sebab bonda gua suka buat eksperimen pada gua bila dia melihat mana-mana gaya rambut terbaru didalam majalah, gua tunggu ayah panaskan enjin motor. Gua bukan mahu keluar berfoya-foya, gua mahu kesekolah, gua masih 6 tahun ketika itu.

Masih terbayang saat-saat gua baru kenal erti berjauhan dengan keluarga, gua tinggal diasrama. Gua kenal ramai kawan-kawan baru. Di asrama juga gua belajar jadi gangster, jadi gedik-gedik sikit.

Sekarang gua dah tua. Gua pun pernah merasa jadi cikgu tadika sekejap. 
Perit. 
Baru ajar ABC 123. 

Kehadapan semua cikgu-cikgi,

Terima kasih cikgu Ton yang berpura-pura pengsan sebab kami 1 kelas degil dulu. Saya menangis bila fikir cikgu pengsan sebab saya degil ya Rabbi.

Terima kasih kepada cikgu Rosli sebab pernah merajuk dan buat 1 kelas nak menangis. Sebab apa saya tak ingat, tapi bayangan waktu cikgu keluar dari kelas dengan muka kecewa masih jelas dalam ingatan saya.


Terima kasih kepada cikgu Sabariah yang baca message saya dengan Aman(senior tingkatan Enam) dihadapan seluruh warga asrama masa telefon bimbit saya kena rampas dalam kelas tambahan sains dulu. Sekarang saya dan Aman tak berhubung lagi dan saya pun tak tahu dia dimana. 


Terima kasih kepada cikgu June sebab panggil geng-geng tepi tingkap gangster kampung Pisang, Alhamdulillah cikgu sebab saya dah insaf saya tak jadi gangster dan bahasa Melayu saya dapat A. Walaupun saya pernah tak lulus bahasa Melayu masa mid-term exam. Perghh.


Terima kasih semua cikgu-cikgi kelas sains Tulen tingkatan 5 dahulu yang gigih ajar saya yang tak faham-faham ni.


Terima kasih Teacher Poh Chin yang buat saya menangis kerana kecelaruan maklumat. Terima kasih memberi peluang kedua. 



Dan kepada cikgu-cikgi ku semua yang pernah mencurahkan bakti dan jasa,

Terima kasih. 

Mohon ampun segala dosa dan khilaf.
Tanpa anda siapalah kami. 

Selamat Hari Guru. 


Eh jap, ada yang nak update hari Guru haram disambut? Kahkahkah

9 comments:

Anonymous said...

selamat hari guru. guru ibarat lilin. menerangi anak murid. :)

Anonymous said...

terima kasih anak murid gua kerana ingat memberi ucapan hari guru kepada gua

Anonymous said...

saya suka

nhdaughter said...

kakaka....sungguh nakal akk ini :P

Judh said...

anon jangan nakal sangat bolehhhh!

Judh said...

mizaaaaaaaaaaaaaa, menyesal tau jadi nakal. fuh fuhhhh -.-'

Anonymous said...

miza ngan kak anis same aje.. kakaka..

Judh said...

omar kenapa!

Anonymous said...

apenye.. xde papae.. eii.. peningla.. kaknis demam k?? mknla ubat!