Wednesday, May 29

Nation.

29/05/13- 7.50 a.m
whether: Gerimis dilautan mendayung sampan ke kuala.

Pagi ini saya ke tempat kerja dengan pengangkutan awam iaitu bas. Pagi-pagi dah eksyen tekan alarm kereta dan buka enjin. Ye bukan mahu ke tempat kerja dengan menaiki kereta, tetapi hanya menurut perintah ayah untuk memanaskan enjin kereta tersebut dan mengambil botol air yang tertinggal semalam. Dan ayah akan hantar saya ke bus stop berdekatan. 

Mengeluh perlahan.

Biasalah, nama pun kenderaan awam, makanya tak kisah lah kau dari pelusuk mana pun kau berhak menaiki bas asalkan kau membayar tambang. Tambang ke tempat kerja saya hanyalah RM2.90. Bayar RM3.00, pakcik yang comel tu akan pulangkan balance RM0.10. Itupun nak cerita, tah pape kiah.

kekolompo
Saya duduk di baris kedua, lajur yang pertama. Dihadapan ku seorang wanita warga Indonesia. Yang menarik perhatian saya yang mana susah memberi perhatian kepada sesuatu ialah, setiap kali orang naik mesti diorang akan greet wanita indonesia itu. 

Sampailah sehingga seorang wanita berbangsa india naik ke dalam bas, dannnnnnnn.....
" Hei dia niiiiiii, lama tak jumpa......" lantas wanita india itu mencium beberapa kali pipi wanita Indonesia dengan penuh mesra. Penuh MESRA okay! So deep yunno, memang saya syak ciuman itu memang dari dalam jiwa. Memang lagi mesra dari kau cium aseben kau, ye mungkin semesra ciuman kepada bonda bila time hari raya. Sampaikan hidung auntie indian yang mancung jadi macam terpenyek sebab memang dia cium secium-ciumnya lah kata kau! Okay over okay kiah. Stop stop.

Mereka berbual dengan kuat sekali dan macam-macam jenis cerita keluar sehinggalah saya sampai ke destinasi dan terus ke tempat kerja. Sebelum tu saya ucaplah terima kasih kat pakcik bas, tanpa dia lambatlah saya pergi kerja harini.

Sekian.

Dan buat aku terfikir, rules of life ni mudah je, wahai manusia, campaklah diri kau kemana-mana, kalau kau baik dengan orang orang akan baik dengan kau. 

Okay kiah, time to berhijrah ke Indonesia.

5 comments:

sufie said...

Dan buat aku terfikir, rules of life ni mudah je, wahai manusia, campaklah diri kau kemana-mana, kalau kau baik dengan orang, orang akan baik dengan kau. agree! it is true. so true. i like that.

. said...

setuju dengan hang :D

Anonymous said...

balek an seposen nk nak citer hahaha.. gile!

Anonymous said...

jom g indon..

Judh said...

:D