Monday, August 26

Perempuan.

Aku ada kawan.
Nama dia Ain.
Cantik nama, macam tuan dia.

Beruntunglah diri aku sebab jumpa kawan macam Ain.
Kalau orang lain rasa dia garang, 
aku tak pernah rasa macam tu pun.

Aku takkan pernah jumpa lagi kawan macam ni.
Aku takkan jumpa orang yang sanggup bersusah payah untuk aku.
Aku takkan jumpa lagi kawan yang nasihat aku macam dia kakak aku.
Aku takkan dapat kawan yang layan aku macam Ain layan aku lagi.
Aku takkan pernah jumpa kawan yang selalu nak yang terbaik untuk diri dia
Tapi dalam masa yang sama,
Tak pernah lupakan aku.

Aku rindu Ain.
Sampai mimpi masih dengan dia.

Dulu kalau waktu macam ini,
usai solat, kalau takde assignment, kami turun cafe cuci mata.
Kemudian beli mee goreng paling sedap di Perlis.
Dan makan mee goreng dengan hati paling senang sekali, sambil membicarakan soal hidup.
Ya, makan dengan hati yang gembira walaupun nun jauh dari keluarga.
Sebab,
Ain kan ada.
Complete dah keluarga aku!

Sekarang aku dengan Ain dah ada pada jalan yang lain.
Pernah juga cuba untuk ke jalan yang sama
seperti dulu,
Tapi mungkin cuma waktu
yang akan 
tentukan.

Walaupun aku ego tahap tinggi,
Walaupun dulu aku hanya berani ucap "I love you Ain" waktu presentation kelas bahasa inggeris dulu,
sekali lagi
aku harus mengaku,
aku sayang Ain
dengan
sepenuh hati aku.

14 comments:

. said...

Yala sayang ain ja. Aku tidak kan :'((((

. said...

Yala sayang ain ja. Aku tidak kan :'((((

akmaL said...

hope ur friendship will last forever..amin :)

Anonymous said...

i love u to Ain.... :)

Rokiah Wandah said...

sa: sayang ang jugakkk tapi selalu tidur dgn ain, so syg ain lebih 3posen hikhik.

akmal: Amin. terima kasih awak. :)

Anon: hai tak malu ke nak sayang kawan gua haha.

miza kimbum said...

sayang akk jugak ;)

Anonymous said...

nak Taaaabbbbbb ! -__-

fan cin fai tv3 said...

tolong belikan tab kat aku

Rokiah Wandah said...

miza: sayang miza juga. lama tak update yee :)

Umi: ye awak nak berapa tab? sy belikan awak 16katon.

Anonymous said...

ain tu ibarat mcm kakak awk ke ? hope kekal smpai ank cucu :)

Rokiah Wandah said...

ain macam kakak, mak, ayah, adik, mak sedara, anak buah, kawan baik, kawan jahat, makwe, abang, macam semua. hehehe :P

Anonymous said...

hahahhah, yeke mana ain nya ?kslm kt die ..

burn said...

i love ain tooo..heheh

burn said...

i love ain tooo..heheh