Thursday, September 12

Lelaki berbau Epal Hijau.

Di ruang bilik sempit ini,
ada aku, ada buku dan ada kenangan kita.
yang aku contengkan di ruang tepi dinding kamar.
kasihan.
kau telah beberapa penggal aku tinggalkan,
tapi aku
masih membenarkan hati
otak
dan jiwa 
berdiskusi apa sahaja tentangmu.

kau mahu tahu?
bangun tidur saja aku ingat pada kamu
lelaki manis berbau epal hijau
yang suka senyum sehingga menampakkan gigi putih 
lelaki yang khuatir jika aku penat menjingjing beg tangan
lelaki yang seperti tak keruan jika aku hilang,
hilang dari pandangan.

Maafkan aku sayang,
jika aku pergi terus senyap sunyi dan sepi
sehingga timbul tanya tanya dihatimu
sehingga hilang rasa kasihmu pada aku
kerana aku tak mahu tahu
jika kau punya peganti aku
sedang aku masih cinta,
kagum
dan selesa dengan kamu.

dari perempuan yang egonya setinggi yang paling tinggi di dunia,
ruang kamar,
12 september 2013,
empat hari sebelum ulangtahun pertama.

1 comment:

omar abdul qayyum said...

kadang kadang kita tulis apa je yang kita rasa betul n orang lain xambik kisah pun.. kaknis sambungla belajar.. belajar best.. pengalaman hidup harta yang tak ternilai..