Tuesday, November 19

Sejarah Hitam.

Dulu saya ingat lagi saya sangat tak suka pada seorang pakwe dalam kelas masa tadika dulu. Tak tahulah samada tak suka atau benci. Masa tu kecil lagi tak tahu nak beza benci atau sebenarnya perasaan kurang senang. Tapi yang pasti alasannya, dia selalu menyendeng-nyendeng pada saya dan kawan baik. Hal itu paling tak boleh diterima dek akal fikiran sang makwe berumur Enam tahun yang lantang berbicara ketika itu.

Kehidupan diteruskan, meskipun setiap hari sang pakwe tanpa putus asa mengekori gerak geri sang makwe berdua ini pulang dari sekolah. Ingat lagi waktu itu, kalau berjalan kaki pulang dari sekolah ke rumah, kami perlu merentasi padang bola yang satu pertiga daripada keluasan persegi padang itu dipenuhi dengan lembu. Masa itu saya masih belum rock. Saya makwe yang memang takutkan lembu. Mengigil kepala lutut. Sedangkan lembu-lembu tersebut tak pernah cari masalah dengan saya. Dan setiap kali saya berlari sehingga habis nafas, saya perasan lembu-lembu itu hanya memandang sinis kepada saya. Mesti lembu-lembu berkenaan hanya ketawa kecil didalam hati. Dan saya pasti pulang ke rumah dengan menangis sambil menyalahkan bonda yang terlupa untuk menjemput hari itu.

Sebenarnya, ketika itu tidaklah saya begitu marahkan bonda kerana bonda yang tak pernah mengerti ketakutan saya kepada haiwan tenusu yang pada masa itu dua kali ganda lebih besar daripada saya, tetapi saya sakit hati bila sang pakwe yang saya tak suka, sama-sama berlari bersama saya. Saya rasa dia tak patut berlari beiringan dengan saya seperti kami sedang bersama-sama mengejar pelangi di kaki langit.

Saya rasa semakin menyampah. Dan ketidaksukaan semakin mendalam.

Dan disetiap kali saya ke kelas fardhu Ain nun terletak di hujung sebelah sana pula, saya perlu lalu dihadapan rumah sang pakwe. Dan saya ingat, setiap kali saya hampir ke rumahnya, saya tahan nafas kerana saya tak mahu berkongsi udara yang sama.

Ye, nampak bangang. kahkahkah.

3 comments:

Anonymous said...

awak sangat comel

Judh said...

Terima kasih Anonymous. grrr.

Anonymous said...

macam comel je