Wednesday, November 13

Seramik Kopi Panas.

Ingat lagi hari itu
malamnya tenang, 
ada bau-bau hujan bertebaran
itu momen paling bahagia.
Aku suka pada bau hujan yang asyik, 
lalu kau pegang lembut pipi sambil bilang
"kita terlalu banyak persamaannya"
jadi dengan kenyataan itu kau ulang berkali-kali,
Apakah kita pasangan serasi?

Menikmati malam dengan seramik berisi kopi panas,
Kita bicarakan tentang cinta dan jodoh.
Mengeluh tentang dunia yang semakin gila
lalu pelan-pelan kita tinggalkan hari itu
sejurus kita sedar,
kita cuma khayalan ciptaan sendiri
dan kembali mengukir luka-luka lama.

Sayang,
kalau kau baca ini,
aku ini manusia yang mengagumi kamu dari jauh.
dan walaupun aku harap kita berjodohan,
kau hanya khayalan duapuluhempatdetik.

7 comments:

Anonymous said...

Jangan kuat ngat berangan minum kopi tepi anjung tinjau...

Anonymous said...

Harapkan berjodohan tapi kenapa hanya khayalan? Kenapa? Takut?

Judh said...

anon1: kalau tak faham puisi aku, tanya. Risau salah faham nanti jadi dosa. kalau tak mahu tanya, jangan komen. aku tak suka.

anon2: tak tahu la kau orang sama dengan anon atas ke tak, tak bukan takut. aku penat.

Anonymous said...

jangan terlalu memegang bintang takot nanti bintang gugur , hati pon turut sama berduka . berterus terang lha itu lebih baik . -yumiko-

Judh said...

yumiko: orangnya dah pun pergi. kita kena terima walaupun perit, walaupun dia tak tahu apa yang kita rasa. ye cinta tu boleh diluahkan, tapi tak penting. jodoh ada, adalah. moga-moga yang didepan mata ini yang terakhir. hikhik.

Anonymous said...

Anon 2 dgn anon 1 saling x berkaitan. Terus hidup dan membesar dgn kuat ye darling. Penat tu lemah. *kenyit mata

Judh said...

:)