Wednesday, December 31

Azam baru di atas kotak Dunhill.

31/12/2013
Malam nanti awak free? Jom kita minum..”
Pesanan ringkas itu dibalas cepat-cepat dan dalam perasaan yang terlalu sedih tetapi masih boleh tersenyum. Sesungguhnya waktu itu, kesedihan pun tak berjaya buat diri ini menangis. Hangatnya semangat sang pakwe sentiasa menuntun jalan-jalan yang saya pilih.

Jadi malam itu selepas maghrib dia menjemput saya dengan tujuan minum-minum sahaja. Sama sekali tak bercadang menyambut tahun baru. Mungkin kerana terlalu asyik mengagumi sang pakwe yang menenangkan, saya lupa esok 2014. Dan begitu saya tak menyedari cinta dan kasih sayang sang pakwe benar-benar menghanyutkan saya. Maksud saya hanyut tetapi belum lemas.

Seperti yang saya ingat, suasana malam itu tenang tetapi sedikit sesak. Mungkin semua orang keluar menyambut tahun baru. Sebuah kedai mamak di nilai, kami pilih untuk duduk di meja yang hanya berbumbungkan langit dan bintang. Untung nasib serah pada Tuhan. Kalau hujan, basahlah kami dalam kesyahduan. Basah dalam hujan maksud saya. 

Bertemankan dua gelas teh ais dan nasi goreng mamak dan ayam goreng, topik malam itu adalah kedai mamak. Saya tak pernah makan di kedai mamak. Ataupun membazirkan masa saya melepak di kedai-kedai mamak jadi pengalaman kali pertama itu buat saya kekok dan banyak diam. Diam dan menikmati sang pakwe membebel tentang keunikan kedai mamak. Gigih betul dia menerangkan satu persatu walhal satu pun tak melekat ke kepala hotak mahupun sanubari. Kerana cinta dan senyuman sang pakwe telah memenuhi segenap ruang. Oh ya, teh ais yang tak sampai separuh pun diminum tu bukan sebab geli, tapi setiap kali makan dengan sang pakwe, adrenalin mengalir laju. Saya jadi cepat kenyang. Cukuplah menikmati wajah kekasih. Hm.

Apa kata kita pergi tengok bunga api dekat Putrajaya. Sempat lagi ni. Jom!”

Saya dan sang pakwe sampai lewat beberapa minit. Percikan bunga api dinikmati di tengah perjalanan. Selebihnya sempat kami nikmati di Putrajaya. Tapi masih dalam kereta. Senyap. Kedua antara kami senyap. Entah apa yang bermain dalam hati sang pakwe saya tak tahu. Saya juga tak pernah tanya. Namun apa didalam hati saya adalah ketidakpercayaan yang saya sedang ke tahun baru bersama saorang kekasih. Dan saya terlalu menyayanginya.

Untuk menjadikan momen itu indah dan mungkin akan diingati hingga ke anak cucu, saya menghantar ucapan selamat tahun baru meskipun saya dan sang pakwe dalam kereta yang sama dan menuliskan kata-kata semangat azam tahun baru buat sang pakwe di sebuah kotak rokok dunhill. 

Lalu dia bisikkan azam dan misi kami tahun hadapan.

Apakah kotak rokok itu masih wujud sayangku? Dan apakah azam tahun baru mu itu sudah berjaya walaupun tanpa saya menemani hari-hari awak hingga ke hari terakhir ini?

31/12/2014

Sayang, hari ini hari terakhir 2014. Begitu saya pernah termimpikan awak ada di hari ini bersama-sama saya membuka kotak azam tahun 2014 yang kita pernah zahirkan dulu sambil mentertawakan siapa yang gagal antara kita dan betapa juga Tuhan tak mahu itu benar-benar terjadi. Kita, mana boleh lawan Tuhan. Jadi biarlah saya melupakan mimpi-mimpi saya dan mengakhiri semua cerita kita hari ini. Tak sanggup rasanya kehangatan awak yang telah hilang dibawa ke 2015. 

Sayang, mungkin sekarang awak dalam dakapan entah siapa-siapa, dan mungkin sekarang bayang saya telah benar-benar lupus dari ruang kepala hotak awak. Tetapi jelaslah semua ini bukan lagi urusan saya. Berbahagialah awak dalam setiap apa yang awak jalani. Maka dengan ini saya tamatkan semuanya sampai disini dengan tasbih kafarah. Selamat jalan Romeo. Walaupun awak bukan saorang Romeo.

***

Awak kenapa diam?..”
Dia masih senyum dan menatap muka sang kekasih dalam-dalam.

Kejap lagi kita tulis azam 2015 dekat kotak rokok ye syg..”
Kenapa kotak rokok?”
Maka cerita tahun baru 2014 diulang semula, dengan kekasih baharu.

Akan merindui awak, 2014. 2014, bukan awak. Awak, telah lama saya ikhlaskan. :')

11 comments:

Anonymous said...

Mana mungkin selimut tetangga
hangati tubuhku yang kedingginan
malam..malam panjang....

heE..~~~~ L

Anonymous said...

Azam anonymus tahun 2015 adalah untuk mempunyai azam pada tahun 2016.
.
Maka, anonymus akan membeli sekotak dunhill sehari untuk disumbatkan dengan idea azam baru tahun 2016.
.
Jadi, jangan harap akan ada azam berhenti merokok tahun 2015.
.
Terima kasih sebab bagi idea kotak rokok dunhill.
.

Judh said...

Saya tak kisah pun kalau selimut tertangga tu nak hangatkan awk. Asalkan selimut tersebut tak tertanggal. Kahkah

Judh said...

Azam tu sama dgn azam gua 2 tahun lepas kahkah.

Bab cadangan nak rsap rokok sehari sekotak tu genius betei. Nampaknya lu akan macho sepanjang 2015 kahkah.

Org rsap rokok ni macho betul. Hm.

Anonymous said...

Gadis manis tak elok merokok..

Harap lu tak merokok sebab nanti bibir hitam..

Tapi, biar bibir hitam jangan hati pun ikut hitam..

Selamat Hari Peralihan Tahun.

Judh said...

Bibir hitam sephora kan ada jual lipstik. Kahkah.

Selamat hari peralihan tahun.

Anonymous said...

Oh..kedai mamak firt date,
Rokok & kotaknyer skali aku x suker..
Dh masuk tahun baru nk oiii...
Huhuhuhuhu..

Nsj.

Anonymous said...

Diamlah

Judh said...

Lu diam

Anonymous said...

Diam lah

Anonymous said...

Salimu Tataga bawa gua kembali sini.. Kahkahkah