Friday, December 19

Sekeping kad kahwin buat bekas kekasih.

Minggu lepas rumah sibuk. Sebenarnya rumah ayah dah mula sibuk sejak tiga minggu lepas.

Ju kahwin. 

Jadi sekarang tinggal aku aje yang bujang. Seminggu lepas Ju kahwin, rumah sekali lagi sibuk. Dengan mesyuarat kerja kahwin aku. Ya, kerja kahwin aku. Dan aku rasa kenduri asing-asing dalam masa yang terdekat ni tak menjejaskan mana-mana pihak pun. 
Atau membazirkan duit mahupun masa. Pelik dengan perangai diri sendiri, aku putuskan untuk tak peduli orang cakap.

Jadi since rumah sibuk petang tu, aku ambil kesempatan lari. Lari dari orang ramai. Lari ke rumah bekas pakwe. Aku lari-lari anak ikut jalan besar sebelum melepak atas bukit depan rumah bekas pakwe dengan berseluar dan t-shirt pendek. Oh dan towel kecik yang sebenarnya tak membantu tutup apa-apa pun. 

Dan tanpa sedikit pun rasa malu atau gelisah.

"Bang, sebenarnya kenapa Mat tinggal saya dulu? Sebab perempuan gemok tu ke?.." Aku memulakan mukadimah dengan rakan serumah bekas pakwe sambil memetik-metik pencucuh api berwarna merah jambu, sekali-sekala membetulkan punggung yang mula sakit berlama-lama duduk tanpa alas. Rokok di jari masih belum berasap.

Abang G mendengus kecil sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga. Aku tahu dia tahu suatu hari nanti sebelum aku kahwin aku mesti aku cari dia untuk merungkai cerita lama. Bagi dia, aku memang tipikal bekas makwe walaupun sebenarnya dia tak tahu, selain manis dalam berkata-kata, aku juga berbeza dari perempuan-perempuan kat luar sana. Aku manja dan sehinggakan kemanjaan itu yang dijadikan alasan Mat meninggalkan aku suatu ketika dahulu. Celaka!

"Abg bukan apa Nis. Abg malas nak masuk campur hal engkorang. Yang lepas biar jela dak? Engko pun dah move on. Dah nak kahwin pun ha.." Abang G berseloroh. Mahu menyedapkan hati aku dengan jawapan yang sama aku agak dia akan lontarkan.

Sebenarnya aku sengaja datang ke sana (rumah bekas pakwe). Bukan mahu bertanyakan atau mencari jawapan yang aku tak perlu, tapi aku saja nak tengok muka Mat bila aku kabor ke dia yang aku bakal berkahwin bulan ini. Lalu dengan pantas aku menukar tajuk. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Abang G kelihatan terhibur dengan lawak-lawak genius yang aku tampilkan. Kami ketawa mengilai-ngilai.

Akibat dari hilaian tawa yang begitu kuat, Mat keluar setelah tidurnya terganggu.
"Gelak apa engko ni G?.."
Belum sempat aku dan abang G membalas, Mat yang baru terperasankan muka aku cepat-cepat meluru ke dalam bilik dan bunyi kunci ditekan kuat.
Mungkin Mat ingat aku akan mengejarnya dari belakang lantas akan mempersoalkan persoalan yang masih belum terjawab sehingga sekarang dan ternyata, Mat telah silap. Dan Mat terlalu silap.

Aku mengetuk tingkap bilik Mat dan kebetulan, tingkap tak berkunci. Aku ambil kesempatan untuk membuka dari luar dan mencampakkan kad kahwin ke mukanya. Rasakan!

Tapi malangnya, hal lain yang terjadi. Aku melihat jelas Mat yang menangis teresak-esak sambil menyebut nama aku berulang kali dan automatik aku menghulurkan tangan mengapai tangannya meskipun tak sampai dan ikut menangis juga. Hampir tangan aku mencapai tangan Mat, aku tersentak.

Allahuakbar...Allahhhhuakbarr"

Azan Subuh membangunkan aku dari mimpi yang singkat. Aku bangun lantas mandi dan solat Subuh.

Mimpi ini sangat celaka.
Sekian.


3 comments:

Anonymous said...

Igtkan betul2 nk kawen td..
Hihihihihhi..

-Nsj-

Anonymous said...

Jgn mimpi yg bukan2 ye..
Hihihihihih..


-Nsj-

Judh said...

Nama pun mimpi mestilah yg bukan² hm. Nsj ini siapakah? Hmmmmm.