Tuesday, July 14

Move-on lah wei part:ll (Our Juhd and Inara)

(Our Juhd and Inara; How Mat Ale rejected Mak Enish)

“Sejak bila pakai cekak rambut?”
Lama betul tak jumpa Mat Ale sebab Honda Mat Ale buat hal. Dalam tempoh yang lama tu, Mat Ale dah tukar imej. Dengan jersi Chelsea, cekak rambut dan rambut yang agak panjang, Mat Ale di seat sebelah bukan lagi Mat Ale yang dulu. Dia kelihatan serius dan sejuk (dingin). Pandangan Mat Ale terhadap Mak Enish bukan lagi renungan yang biasa-biasa yang penuh rasa cinta. Renungan kali ini penuh keterpaksaan dan menyampah. Tetapi Mat Ale masih mampu menyembunyikan perasaan menyampahnya. Mat Ale masih tenang seperti dalam cerita 'How I met your father' yang lepas.

“Haah. Dah tukar imej sekarang.” Mat Ale menjawab pendek sebelum menghidupkan enjin saga Abe Dir. Sesekali membetulkan letak cekaknya di atas kepala. Perjalanan sunyi. Hanya bunyi pesanan wechat Mat Ale yang riang berdenting. Hati Mak Enish resah. Sejak Mat Ale tukar telefon bimbit baru, rajin betul telefon bimbitnya berbunyi. Sakit betul jiwa Mak Enish bila tahu bunyi itu datang dari pesanan wechat Mat Ale. Entah minah rempitz mana yang Mat Ale sedang buru sekarang. (Hanya mat rempit ada wechat). Lantas Mak Enish menepis sangkaan buruknya. Kali ini Mak Enish nekad, ini bakal suaminya, dia mesti bersangka baik.

Dan di dalam perjalanan itu, dua antara mereka tidak gembira. Masing-masing menyembunyikan perasaan dengan jayanya. Mungkin masa itu, chemistry masih milik mereka. Suasana sunyi di pecahkan dengan soalan serius Mat Ale yang pertama. Ada tiga soalan serius yang Mat Ale tujukan pada Mak Enish hari itu. Dan soalan-soalan itu benar-benar membunuh jiwa Mak Enish.

“Pernah dengar lagu tolong tepi sikit tak?” 
Mat Ale memulakan bicara dengan senyuman sinis.
“Tak pernah. Kenapa?”
“Nanti tolong dengar. Lagu tu best.” 
Sebelum Mat Ale menyambung senyum sinis dan fokus ke pemanduan. Mak Enish yakin ini satu arahan, bukan berkongsi lagu kegemaran seperti dulu. Dan cepat-cepat Mak Enish memasang earphone di telinga dan apa yang Mak Enish terima adalah satu petanda. Jilake!
Apa yang kau mahu semua ku beri Apa yang kau mahu (mahu) mahu apa lagi Bagaimana aku pula, a-a-aku serik Jadi aku ingin jalan sana tolong tepi sikit
Mak Enish masih berpura-pura tenang dan husnuzon. Ini tak lebih dari berkongsi lagu kegemaran. Mak Enish cuba menyedapkan perasaan. Keadaan terkawal untuk seketika. Earphone dicampakkan ke dalam beg tangan sebelum Mak Enish dikejutkan dengan soalan kedua.

“Boleh tak nak risap rokok?”
Soalan ini soalan lazim. Mak Enish sedikit tenang dengan soalan ini. Nampaknya Mat Ale tak berubah terlalu jauh.
“Hm. Macam mana dengan azam tahun baru kita? Misi kita? Mat Ale kan janji nak berhenti?”
Mak Enish nampaknya telah tersalah langkah. Soalan itu mengundang soalan ketiga yang menusuk jantung.
“Bila Enish boleh menenangkan Ale macam kotak rokok ni? Rokok ni lebih menenangkan dari seorang Mak Enish.”
Mak Enish mengetap bibir dan melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta. Sah! Mat Ale betul-betul dah lupakan misi masa depan. Mat Ale dah lupa impian naik basikal dengan dua orang anak bersama Enish yang bernama Juhd dan Inara. Sah! Mat Ale bukan Mat Ale yang dulu! Mak Enish kena move-on dari sekarang!”
Detak hati Mak Enish sebelum curi-curi menyeka airmata di balik tingkap kereta sambil mengkeronyok kotak rokok Mat Ale.

Akan bersambung... 

4 comments:

Anonymous said...

Cilake del komen

Judh said...

Gila eh?

Anonymous said...

Puii

Anonymous said...

I can feel you. Keep strong.