Kekasih lama datang kembali . Manusia memang banyak agenda . Bekas kekasih anda banyak agenda . Mungkin dia akan hadir kala dia di dumped oleh kekasihnya , mungkin juga dia akan hadir kerana dia baru menyedari anda memang pilihan yang tepat , ataupun mungkin dia akan hadir untuk mengambil tahu jalan hidup anda selepas putus dengannya .
Ia bukanlah suatu masalah , bekas kekasih boleh hadir bila-bila masa yang dia mahu . Tapi ia menjadi masalah apabila anda telahpun menemui pegantinya . Makin besar jadinya jika anda masih lagi menyimpan sesuatu rasa padanya , atau bekas kekasih anda jauh lagi sempurna dimata anda dibandingkan dengan kekasih baru . Anda buntu . Anda mahu kembali tapi masih bisa berfikiran waras .
Lari lah tinggalkan kesan tapak kaki mu .
Wahai hati yang mudah dikoloni , hati yang sama seperti aku , mohon jangan jadi bodoh . Dia mungkin menggangap anda adalah baju lama yang dia jumpa setelah membelek almari lamanya . Dia cuba mahu memakai baju lama tadi hanyalah kerana zaman sekarang sudah ada fashion Retro . Ingat , masa lalu adalah masa lalu . Masa lalu tidak mungkin kembali atau diputarkan kembali . Konklusinya , yang namanya masa lalu hanyalah sesuatu yang kita perlu jadikan sempadan buat masa depannya . Jangan berpatah balik . Meskipun apa yang anda ada belum mampu menandingi masa lalu mu , percayalah Tuhan itu tidak akan memberikan apa yang kita mahu , tetapi apa yang kita perlu !
Jika kekasih lama anda kembali sila jadi butakan mata atau mungkin kamu akan menyesal meninggalkan orang yang tulus menyanyangi anda untuk orang yang pernah menjatuhkan anda .
Epilog
Bismillah , dear my new chapter , May Allah bless us till Jannah . Ameen .