Showing posts with label cinta yang hilang. Show all posts
Showing posts with label cinta yang hilang. Show all posts

Tuesday, July 17

Terlalu.




Anda punya kawan baik (lelaki) . Anda mengenali kawan baik anda hampir 2 tahun . Anda berkongsi hampir 88% aktiviti harian anda dengan kawan baik . Di pertengahan hubungan yang berlangsung dengan manis ini , anda jatuh cinta . Ya anda jatuh cinta . Makanya 88% yang anda kongsikan dengan kawan baik tadi haruslah dibahagi sama rata , adil saksama kerana dalam hati anda ada 2 jenis cinta . 2 jenis cinta , tapi berbeda rasanya .

Awalnya kehadiran kawan baik disenangi kekasih hati anda , malangnya panas tak sampai ke petang . Fashion bawal ombak ghindu juga mungkin akan hilang ditelan masa suatu ketika nanti . Kekasih anda mencurigai hubungan suci anda dan kawan baik . Benar memang benar , bila makin sayang makin tinggi rasa curiga . Anda memahami perasaan kekasih hati anda , anda juga mengerti hati kawan baik anda .

Perih pedih hati kekasih hati anda , perih juga hati kawan baik anda . Juga hati anda . 

Transmission .

Kekasih anda begitu yakin anda dalam situasi trilogi . Kekasih anda mendesak anda memilih salah satunya . Kekasih hati yang buat hati anda yang seperti kaca akhirnya berderai menjadi kapas , atau kawan baik yang sangat comel , secomel teddy bear hadiah ulangtahun kelahiran hadiah daddy yang ada di setiap minit dan penawar mimpi ngeri anda ? Anda dalam situasi paling kritis , betul-betul kritis . Sayang memang sayang tapi keputusan perlu dibuat .

Bagaimana ? Apa yang paling wajar anda lakukan ? Meninggalkan kawan baik kerana anda yakin kekasih anda itu cinta mati anda ? Atau tinggalkan cinta anda untuk manusia paling menakjubkan dalam cerita hidup anda ? Atau meninggalkan kedua-duanya dan membiarkan hati anda dikoloni rasa pedih tahap tinggi ? Atau teruskan sahaja dan menipu kedua-dua manusia kesayangan anda ? Dan sampai bila ?

Dilema adalah sakit bagi aku ! Memang sakit paling sakit selepas mati bagi aku . Membuat keputusan memang satu jenis penyakit bagi aku . Memang sangat perih , memang bisa buat aku termenung 1 hari tanpa makan walhal makan adalah perkara paling aku cinta selepas mendengar lagu koleksi The Beatles . Arghh konklusinya ini memang sakit . Aku sedang sakit . Dan memang aku sendiri tiada jawapan untuk persoalan diatas .


* Aku selalu fikir kawan dengan kekasih , aku harus pilih kawan sebab kalau aku putus kasih dengan kawan jugalah tempat aku nak tertonggeng nanti . Ahh entahlah . 

Wednesday, June 13

Dilema.

Kadang-kadang hidup selalu butuhkan jawapan bagi dua persoalan yang berbeza . Yang rumit , yang sulit malah yang tidak mampu untuk batin dan jasad ini memberikan jawapan terbaik buat kedua-dua nya . Tapi inikan hidup ? Mana bisa lari dari dikejar oleh sang masalah . Yang mampu meredakan setika kesulitan ini , hanya dengan tidak terlalu memikirkannya .

Opposite .

Ada dua cinta dalam hati . Satunya untuk teman , satunya untuk kekasih . Kedua-duanya adalah cinta . Kedua-duanya perlu dijaga . Keduanya cinta yang berbeza butuhkan rasa yang sama . Malangnya saya hanya punya satu hati . Mana bisa bahagi cinta sama rasa . Mana mungkin , mana mungkin bagi orang yang tidak adil seperti saya .

Kerana sayangkan teman , kekasih mampir setiap saatnya makan hati . Kerana sayangkan kekasih , teman acap kali berjauh hati . Makanya hati siapa yang selayaknya saya jaga ? Ahh mungkin lebih pantas jaga hati sendiri .

By the way Ikut hati , mati .

Menjaga hati lebih berat dari menjaga dunia . Jyeah ! :)

Friday, May 25

Pengakuan.

Kamu bisa jatuh cinta dengan sesiapa sahaja yang kamu suka . Mungkin sama cikgu kamu , mungkin sama sepupu kamu , mungkin sama jiran kamu , atau mungkin juga sama kawan baik kamu . Yang namanya jatuh cinta itu adalah jatuh cinta . Tiada apa yang mampu menghalang hati untuk tidak jatuh cinta , melainkan dengan kuasa-Nya .

Jadinya kamu dalam situasi manis tapi kamu punya masalah membuat pengakuan , ataupun dalam inggerisnya , confession . Masalah ini bukanlah salah kamu . Pengakuan itu menjadi berat apabila yang kamu jatuh cinta itu pada jiran kamu tetapi dia telah pun bernikah atau kamu jatuh cinta itu pada yang baik pekertinya tetapi dia adalah cikgu sejarah kamu atau mungkin kamu betul-betul jatuh cinta tapi dia adalah kawan baik kamu . Sukar bukan ?

Dulu saya pernah jatuh suka sama kawan sendiri . Tetapi saya tidak mampu untuk confess apa-apa kepada dia . Suatu hari saya secara tidak sengaja membelek buku miliknya . Tahu apa yang saya jumpa ? Dia tulis nama dia dan nama saya . Wah ! Ini satu petanda baik . Mungkin saya tidak bertepuk sebelah tangan . Mungkin ini masa terbaik untuk saya mengaku hal sebenarnya . Tapi hari makin berlalu , bulan berganti masakan tahun tidak berubah . Saya masih tidak berani . Segalanya hanya tamat disitu . Saya cuma beranggapan dia menyimpan perasaan terhadap saya ; without confession . Saya tidak , dia juga sama . Mungkin saya lebih fikir ini hanyalah perasaan budak mentah yang tidak harus direalitikan . 

Sekarang kami sudah dewasa . Kalau ketemu dia dimana-mana pasar malam , saya sudah mampu memandang matanya . Tiada lagi rasa cinta itu . Tapi ada sekelumit penyesalan disini . See ? Cinta tanpa pengakuan , bisa hilang ditelan masa .

Tragis kan ? Makanya bila jatuh cinta itu perlu ada pengakuan . Masakan saya tahu kamu jadi cinta saya kalau tak diberitahu ? Siapa yang sudi tolong beritahu ? Tiada okay , tiada . Kamu mahu kamu bilang sendiri . Jadi manusia biar jadi yang berani , yang fikirannya terbuka . Yang boleh menerima apa-apa sahaja kemungkinan atau jawapan yang mungkin diberi pada kamu . Jadi dirimu sendiri . Ini realiti hidup , bukan syurga . Anda tak perlu jadi sempurna . Tiada siapa yang mati selepas membuat pengakuan yang dia telah jatuh cinta !

Cari masa yang terbaik , susun kata-kata kamu sebaik mungkin . Jangan memaksa , jangan juga terlalu mengharap . Takut nanti balasannya hanya simpati . Ingat itu . Cinta kerana simpati itu perih rasanya . Lakukan yang terbaik untukmu , tetapi ingat , hanya setelah kamu betul-betul yakin kamu jatuh cinta , ikhlas dengan cintanya barulah wujudkan confession itu . Takut nanti pengakuan itu buat kamu confius .

love the way u make confession .

Saat dua kawan menjadi kekasih itu ketulusan . Saat dua mantan menjadi kawan itu kedewasaan .

Raikan cinta !

Ya aku tahu cinta itu datangnya dari DIA , 
Paling adil 
Paling suci
Paling abadi 
tak akan mati ; Maha-cinta .

Monday, March 12

BMW .

Disaat semua warga Facebook , adik-adik yang masih bersekolah , rakan-rakan seperjuangan , golongan mak-mak tak lupa juga budak lepasan Spm sibuk update perihal cinta masing-masing , suatu perkara yang saya baru sedari ialah saya mungkin hanya satu-satu nya makhluk tuhan paling seksi yang masih terkapai-kapai mencari pasangan yang sesuai yang boleh membawa saya sehingga ke Jannah . Ececehh . Sila baca sambil dengar lagu -Kamelia' untuk lebih tersentuh . .

Ada seorang kawan yang sangat lah berusaha nak memenangi hati seseorang perempuan . Perempuan yang mana omputeh kata single but not available . So berbagai pertanyaan dan pendapat yang dilontarkan kepada saya dan kawan perempuan yang lain . Ya memang , secara jujurnya nak mengorat (bahasa pasarnya) perempuan yang dalam hatinya dah ada seseorang yang dia admire amat-amatlah complicated . Mental fizikal kena kuat bro , kalau tak , takut nanti kecewa diri sendiri yang disalahkan . Perit ? Itulah kenyataannya . 

Perempuan zaman sekarang tinggi egonya . Ego untuk kebaikan juga . Sebab tak nak jadi mangsa golongan lelaki yang tak bertanggungjawab , sebab nak cari lelaki yang betul-betul boleh buat laki , yang boleh beri pelindungan sampai bila-bila . Itu yang lelaki kena faham .

Tertarik saya dengan kata-kata ‎"Kadang kala memilih menjauh dari orang yang kamu sayang dan cintai . Jika peduli , mereka akan mencari . Jika tidak, kamu harus tahu di mana kedudukanmu ."
So kalau perempuan yang kau kejar , makin jauh kehadapan , kejarlah tetapi sampai di checkpoint yang terakhir , berhentilah . Teruskan dengan berjalan , kalau dia jodoh mu , maka bertemulah engkau di garisan terakhir . Percayalah , jodoh itu rahasia Allah .

Keep believe , BEST MAN WIN !

Sesungguhnya saya adalah perempuan yang tidak tinggi egonya , sesungguhnya saya pemalu . Izinkan saya merajuk dengan anda wahai kawan baik . 

SEKIAN .