Thursday, January 26

PATIENCE .

Nampak sangat saya dah tak pedulikan blog ini dengan jayanya . Buktinya , lihat saja shoutmix box yang tidak lagi berfungsi masih tegak menghiasi side bar . Nampak sangat tak ada sedikit pun peristiwa yang mampu membuat saya menaip sejak akhir-akhir ini . Tetapi kewujudan entri ini mungkin adalah permulaan semula jejari runcing panjang saya mengganas di laman maya . Hehe , ayat nak GAH .

Terjaga dari lena , tengok jam dah lewat . Zuhur belum dilaksanakan . Berlari-lari anak saya ke toilet . Alhamdulillah selesai solat . Masih mood-mood bangun tidur . Terfikir nak menaip . 

Beberapa ketika ni , banyak perkara-perkara baik dah jadi . Alhamdulillah . Tapi setiap benda baik yang jadi mesti ada ujian kan ? Saya sendiri tak tahu kenapa dan mengapa mood sangatlah tak menentu sekarang . Kenapa lah saya jadi manusia yang susah nak menahan marah bila ada masalah yang mendatang . 

Patience is the companion of wisdom.

Suatu petang , saya nak mandi . Dah bajet-bajet comel nak apply multi-action foam kat muka suci ni , tiba-tiba takde air . Okay sabar , selalu dia buat hal macam ni . Paling stress tunggu sampai pukul 10 . Tunggu punya tunggu dengar announcement , air takde sampai pagi esok . Dan pagi esok still takde air , serius saya hampir menangis .
Kenapa tak bagitahu 2 bulan kemudian je ? 

Suatu hari yang indah , "awak saya tak jadi keluar tau . Kawan saya ajak pergi teman dia bla bla bla . . . . " Sekali lagi saya cuba menahan marah dalam diri . Sabar Anis , Ingat kawan lagi penting daripada segalanya . Tapi syaitan berjaya menggoda saya untuk marah , Eh first serve first come lah ! Kan janji dengan aku dulu ? Mood saya terbang melayang sepanjang hari itu sehingga orang lain menjadi mangsa .

Suatu tengahari , disaat ratusan manusia lapar usai balik kelas . Saya adalah manusia yang beruntung sebab sempat beli makanan sebelum ramai manusia lain pulang dari kelas . Pekerja kat tempat air sorang , yang nak beli air puluh-puluh orang . Tapi taklah lama mana pun nak tunggu . Tapi saya dapat rasakan hati saya sangat bengkak tunggu kakak tu serve saya . Lihatlah betapa saya sendiri relakan amarah menguasai saya .

Saya tak kisah kalau kurangnya rasa sabar saya tak mempengaruhi orang lain . Tapi sayangnya , mungkin perangai saya beberapa ketika ini dah mengguris hati-hati orang disekeliling saya tanpa sedar . Saya sendiri malu kerana tak mampu mengawal marah dan ketidaksabaran ini . 

Sesungguhnya baru ujian-ujian kecil yang menimpa saya kalau nak dibandingkan dengan orang lain . Masyallah , tetapkanlah hati aku untuk sabar !


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)


5 comments:

Lαrα JoLisα said...

http://youtu.be/yCf4MVQ9pbU

Mr.Sepet said...

betul . sabar itu pnting .

Anonymous said...

sabar, Lia juga kurang kesabaran walaupun dalam hati selalu memikirkan perkataan sabar itu..

MusfirahAhmad said...

teruskan update ye ^^

Btw, kalau nk beli mask boleh pergi ke link nih ^^ --> mfl-shop.blogspot.com/2012/01/my-cheming-mask-p.html

serius xmahal dn berbeza dri beli dekat watson's :)

zuhaida said...

sabar sebahagian dari iman :)