Saturday, January 28

LIKE .

Dengan ini diakui beberapa ketika ini saya sedang asyik memikirkan soal jodoh . Bukan bermaksud saya gedik , tetapi saya masih lagi dalam mood-mood ongbak ghindu dan  tersangat mengganggu fikiran saya bila kawan-kawan cerita pasal pakcik pakwe masing-masing (serius) . Saya dah 21 kot ! (takde kena mengena) .

Disamping sedang mengenali hati budi beberapa orang (takdelah berkenalan sangat) lantas membuatkan tidur saya limit dari biasa , makan pun terbanyak dari biasa , henfon menjadi teman kamcing , suka senyum sorang-sorang . Ternyata ada konflik yang sedang melanda diri saya . Maka haruslah saya menggoogle kan apakah saya benar-benar tersayang atau hanya suka .

Dari Segi Layanan
Suka – Anda akan melayan si dia sama seperti teman-teman yang lain sehingga si dia merasakan tiada keistimewaan langsung untuk anda. Mungkin juga si dia sering melakukan aktiviti bersama tetapi anda lebih cenderung untuk menghabiskan masa sekadar berseronok dan bergembira sahaja. Dengan jelas dapat dilihat bahawa anda hanya berkawan dengan si dia untuk menghiburkan hatinya. Apabila si dia sakit atau bermasalah, anda sedia mendengarnya tetapi hanya sekadar menjadi pendengar tanpa sebarang tindakan yang boleh membantu.
Sayang – Sedar atau tidak cara anda melayan si dia tampak berbeza dari teman-teman yang lain. Anda lebih mengambil berat tentang diri si dia sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani. Anda turut gelisah dan susah hati tatkala anda dilanda sebarang masalah. Dari sudut yang lain, anda sanggup menghulurkan sebarang bantuan tanpa minta dibalas. 
Topik Perbualan
Suka – Kebanyakan topik yang diperbualkan antara anda dan si dia adalah bersifat cakap kosong. Apabila berkumpul bersama teman-teman yang lain, dia dengan jelas bersekongkol untuk mengenakan anda. Bila berduaan pula si dia akan mengelak dari membicarakan soal peribadi atau perancangan masa hadapan. Si dia menyukai anda kerana sifat betah yang anda pamerkan ketika mengisi ruang perbualan dan tidak lebih dari itu.
Sayang – Kala bersama teman-teman yang lain, si dia menunjukkan sifat defensif terhadap diri anda. Si dia seboleh mungkin akan cuba mempertahankan anda apabila ada di antara teman yang berkata buruk tentang diri anda. Walaupun dengan nada lembut, si dia akan terus menyokong anda. Bila berkesempatan, si dia tanpa rasa segan silu untuk meluahkan kegembiraan mahupun kedukaan terhadap anda. Pada waktu tertentu pula, topik perbualan antara anda dan si dia akan menjurus ke arah pembinaan sebuah institusi keluarga atau perancangan di masa hadapan bersama. Dalam ertikata lain, si dia sedia berterus-terang meluahkan perasaannya kepada anda.
Aktiviti dan Pergaulan
Suka - Mungkin anda dan si dia selalu melakukan sebarang aktiviti bersama terutama sekali aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.
Secara zahirnya anda lihat dia gembira ketika melakukan aktiviti tertentu bersama anda, tetapi ada ketikanya dia seakan-akan cuba mengelak dari anda. Berkemungkinan juga si dia tidak mahu dilihat begitu rapat dengan anda ketika bersama teman-teman yang lain.
Sayang – Walau apa jua aktiviti yang ingin dilakukan, si dia seboleh mungkin mahu anda turut serta. Dengan penuh kesungguhan si dia akan berusaha untuk memastikan hari yang dilalui bersama itu bermakna kepada dirinya dan anda. Si dia akan bertegas dengan dirinya agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang akan melukakan hati anda. Walaupun ada sesetengah perkara itu menjengkelkan, si dia akan cuba menyembunyikan perasaan jengkel itu demi menjaga hati anda. Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna.
Perwatakan dan Sifat
Suka – Ketika si dia menghadapi kesukaran, dia akan mempamerkan kemesraan yang luarbiasa. Si dia akan melayan anda dengan sebaik-baiknya dengan harapan agar anda dapat menghulurkan bantuan. Mungkin pada waktu begini anda merasakan yang si dia sayangkan anda tetapi sebenarnya tidak. Si dia hanya sukakan anda kerana anda boleh menjadi seorang kawan yang baik hati.
Si dia tidak pernah ambil kisah tentang penampilan anda. Dari segi pakaian contohnya, si dia hanya akan memuji walaupun pada hakikatnya cara pemakaian anda itu tidak bersesuaian dengan tempat dan situasi tertentu.
Sayang - Ketika menghadapi sebarang kesulitan, si dia seterdaya mungkin akan menyembunyikannya. Tindakan si dia sebenarnya sangat murni jika dihalusi kerana tidak mahu anda turut terjerumus ke dalam masalah yang sedang dihadapinya. Tetapi, jika anda juga menyayangi si dia sudah pasti anda dapat menghidu perwatakannya yang cuba merahsiakan sesuatu.
Si dia akan menunjukkan rasa tidak suka dengan cara pemakaian anda yang keterlaluan dan baragkali terlalu seksi pada pandangan matanya. Bukan kerana cemburu, tetapi si dia tidak mahu anda dijadikan bahan bual bicara sesiapa sahaja yang melihat. Di sinilah anda dapat lihat sifat prihatin si dia tehadap anda.
Dengan ini diisytiharkan saya suka makan ehh suka awak . Hehe . . -..-


"Like doesn't means you LOVE . ." 


credit to : Encik Jijan .
Abang dah lama cari Izzah . errrr . . tak payah nak ongbak ghindu sangat ye Anis !

11 comments:

♥ Cik Zack's ♥ said...

cnfuse sekejapppp --' hehehe xthu suka ke syg. huhu nice entry :)

burn said...

Wow...best gak tgan tu menulis..menghayati bile aq bace...ade agy x??? Nak menghiasi mase lapang aq..geeee

Anonymous said...

ok..sya ske awk.. love the way u think

ekin alias said...

nice sis :D
adehh suka ke sayang ni...haha..
yang pasti sayang :D

Cik Lia Lomi said...

saya pun sukaaaaa tapi suka makan..wahehehe..

Diyana Norman said...

hahahahaa
konflik dalaman... jgn konfius antra suka dan cinta

CERITA AKU said...

aku suka makan...hehehe

Selendang Merah said...

tiba2 jatuh hati kat awk.erkk!..ahaha

mizzkechique said...

syaya pun suke awk.. ehh?? hehe

myra azraff said...

shot last tu mcm najwa letip la..haha..eh eh,,lapar pulak,nak makan dulu err..=P

onie said...

ehemmmmm,berbunga la dia :P