Monday, February 20

DIFFERENT .

"Awak mintak maaf ye , kalau awak sayang saya , saya betul-betul tak boleh bersama dengan awak , Hardcore dan Jazz tak mungkin dapat bersama " . . . 

Jujur diakui saya pernah hampir meluahkan ayat tersebut kepada seseorang . Disebabkan saya telah jatuh cinta dengan anak mak yang mana perangai nya akan mengurungkan diri dalam bilik kalau parent tak belikan apa yang dia nak sedangkan saya adalah tersangat cool bila my ma say NO , so no ! (buat muka innocent)

Suatu hari , " Bagaimana nak couple kalau tak sehati sejiwa ? Saya dengar lagu rock metal , hardcore punya bukan rock standard Awie manakala bf saya peminat tegar kangen band (ohdemm) . " tanya Rokiah (nama glemer)  kepada saya . Kerut-kerut di dahi mula kelihatan sehingga meninggalkan kesan nostalgia di hati saya . Apa ke susah sangat soalan Rokiah ?

Soalan tersebut saya biarkan tanpa jawapan . Saya cuba applykan masalah Rokiah tersebut ke dalam situasi saya . Kalau saya ada bf , suka jalan-jalan pakai boxer je , rambut kaler blonde , sedangkan saya adalah perempuan yang mana gelak pun tutup mulut , bertudung litup tak keluar jambul dan sukakan kanak-kanak , ehemm so kalau jalan berdua apa tanggapan orang terhadap kami ? So saya kunci bilik , dengar lagu Yuna kuat-kuat dan berangan .

Kalau situasi tersebut terjadi kepada saya pada masa sekarang ia tidaklah akan menjadi sedikit masalah pun kerana saya yakin saya adalah tidak hipokrit tetapi sangatlah fleksibel ! Bagaimana saya begitu yakin ? Oh kalau tak yakin jangan panggil saya Rokiah Wandah panggil Lisa sughihani saja dah cukup ! Manifesto-manifesto saya adalah seperti berikut :

- Kalau  dapat bf ganas , maka mungkin saya tak teragak memakai baju kurung dengan Doc Mart . Kaler pink haruslah dikekalkan supaya ciri-ciri ketimuran tak luput dari hati saya . 

- Kalau dapat bf anak mak , maka saya akan sedaya-upaya menjadikan diri saya anak mak dengan memaksa mak memanjakan diri saya , tido dengan mak , ikot mak shopping dan hentak-hentak kaki kalau mak taknak belikan cekelat kepada saya sehingga mak saya hilang sabar dan menghentak saya .

- Kalau dapat bf sesuci lebaran maka saya akan cuba menyucikan hati saya seperti membantu melepaskan batuk ditangga , eh tak melepaskan kucing yang tersangkut plastik dikepala nya . So sweetttttttttt ! ^_^

- Kalau dapat bf skema maka saya akan menghabiskan masa bersama si dia di Library untuk teman dia study manakala saya sibukkan diri dengan snap-snap gambar ataupun berfacebook .

- Kalau dapat bf ego , maka saya akan menjadi lebih ego daripadanya sehingga bf saya mengalah dan meminta maaf dan saya berasa seperti sayalah gf paling awesome dalam dunia . harhar (gelak bangga)

Maka dengan itu jelaslah saya boleh menjadi apa-apa sahaja mengikut situasi . Bukan dengan bf je , kawan pun sama . Kalau anda gila , maka gila lah saya , kalau anda sopan maka saya lebih sopan dari tu . hewhewhew . Tapi percayalah jangan diikut perangai diatas kelak merana diri . Kalau betul-betul sayangkan pasangan , kalau cara dia salah tegur baik-baik . Minta dia berubah untuk kebaikan . Kalau anda yang tak semengah maka haruslah anda anda berubah ke arah kebaikan bagi menjamin hubungan yang cemerlang , gemilang , terbilang . Yang penting terimalah pasangan anda seadanya . Sekian . . .


" Love the one who love you, Not the one whom you love . . . . "

20 comments:

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) said...

hardcore !

AmalinaNashihin said...

Hihi, tetapi kalau kita betul-betul sayangkan orang tu, kita sendiri akan otomatik berubah mengikut kesesuaian :D

I mean, difference would compliment a couple right? :D

Shaheila Nooraisah said...

cintai dia yang mencintai kita :) hehe

Wallahua'lam said...

as salam..
erk..layan rock :)

cuba tengok lagi ni.. suka ke?

storytime : nightwish.
rentak lagu macam ni pakcik suka.
kumpulan ni lebih kepada symphony + rock.

erk. iklan. huhu..

oh..pasal berkasih sayang..
er..pakcik tak reti bab2 ni. cuma boleh bagi nasihat, dah berkasih sayang, jangan lupa sayang kepada-Nya..

kerana Dia yang timbulkan rasa sayang tu ;)

p/s: maaf na lama tak masuk. kerja banyak..huhu..lepas post je, tinggal blog. erk

Wallahua'lam said...

wah..beza 1 minit

^^,

yad'z said...

fleksibel tu ohsemm.. tapi lebih prefer to be diri sendiri.. tak nak follow orang lain. huhu.

biela bell said...

carik yang kita boleh terima dia seadanya..tapi biasanya, bagi saya..kalau kita sukakan seseorang..kita akan berusaha menjadi yg lebih baik utk dia.. :)

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

hardcore dan jazz tak mungkin dapat bersama, tapi lelaki dan wanita tetap boleh dapat bersama selagi ingin berubah... (",)

jadilah ke arah lebih baik...hehe...kalau ikut cara di atas 50-50 kot selamat tp tak menjamin...selamat mencube~...huhu

HeNRieTTa JoSe said...

suka pada lyrics...genre, xkisah sgt....ekekeke....

pss....hmmm, yang lagi satu tu, no komen la...hehehe...

LynnDamya said...

haha nice entry, sy dgn bf sy, sy suke tgk bola, bf sy xsuke, tp xjd masalah, kami masih suka pg shopping sama2..haha yg pnting ada persamaan..btw, suka penulisan u hihi (n_n)

My MiRa said...

hahhaa menarik! berubah bila dh ade someone special..

Amyra Azhar said...

best la! suka sgt hehe, sgt fleksible dgn mcm2 keadaan! n_n

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
KizZ said...

Wah..perkongsian yang sungguh hardcore..Superb!..

urm,jemput join contest Kedai Kiz "The OH!SEM tagline contest" yer,,

capixNAIGA said...

kalau..

ArtisYOUTUBE said...

Hahaha..menarik artikel anda tntg keserasian sesebuah pasangan.. =D Anyway,sy jemput tuan punya blog n semua visitor yg ada kt sini,jom jenguk2 channel YouTube sy..watch video2 sy menyanyi dan jamming bermain gitar..tp suara tak la sedap mana pun.. Klu ada yg seksi cuma pakai boxer je or tak pakai baju tu,maaf la ye.. Klik link YouTube sy ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

hamzah ian said...

" Love the one who love you, Not the one whom you love . . . . "


nice one

Nina.DO said...

Oh crush aku seorang yang anak mak! Kena ikut tips yg diberi ni, mana boleh lepas. Hewhew

Bard said...

Quote last tu sama pulak dengan quote dalam fb saya. Hehehehe. :P

burn said...

woowowow..gadisss ayuuuuu.......