Jadinya kamu dalam situasi manis tapi kamu punya masalah membuat pengakuan , ataupun dalam inggerisnya , confession . Masalah ini bukanlah salah kamu . Pengakuan itu menjadi berat apabila yang kamu jatuh cinta itu pada jiran kamu tetapi dia telah pun bernikah atau kamu jatuh cinta itu pada yang baik pekertinya tetapi dia adalah cikgu sejarah kamu atau mungkin kamu betul-betul jatuh cinta tapi dia adalah kawan baik kamu . Sukar bukan ?
Dulu saya pernah jatuh suka sama kawan sendiri . Tetapi saya tidak mampu untuk confess apa-apa kepada dia . Suatu hari saya secara tidak sengaja membelek buku miliknya . Tahu apa yang saya jumpa ? Dia tulis nama dia dan nama saya . Wah ! Ini satu petanda baik . Mungkin saya tidak bertepuk sebelah tangan . Mungkin ini masa terbaik untuk saya mengaku hal sebenarnya . Tapi hari makin berlalu , bulan berganti masakan tahun tidak berubah . Saya masih tidak berani . Segalanya hanya tamat disitu . Saya cuma beranggapan dia menyimpan perasaan terhadap saya ; without confession . Saya tidak , dia juga sama . Mungkin saya lebih fikir ini hanyalah perasaan budak mentah yang tidak harus direalitikan .
Sekarang kami sudah dewasa . Kalau ketemu dia dimana-mana pasar malam , saya sudah mampu memandang matanya . Tiada lagi rasa cinta itu . Tapi ada sekelumit penyesalan disini . See ? Cinta tanpa pengakuan , bisa hilang ditelan masa .
Tragis kan ? Makanya bila jatuh cinta itu perlu ada pengakuan . Masakan saya tahu kamu jadi cinta saya kalau tak diberitahu ? Siapa yang sudi tolong beritahu ? Tiada okay , tiada . Kamu mahu kamu bilang sendiri . Jadi manusia biar jadi yang berani , yang fikirannya terbuka . Yang boleh menerima apa-apa sahaja kemungkinan atau jawapan yang mungkin diberi pada kamu . Jadi dirimu sendiri . Ini realiti hidup , bukan syurga . Anda tak perlu jadi sempurna . Tiada siapa yang mati selepas membuat pengakuan yang dia telah jatuh cinta !
Cari masa yang terbaik , susun kata-kata kamu sebaik mungkin . Jangan memaksa , jangan juga terlalu mengharap . Takut nanti balasannya hanya simpati . Ingat itu . Cinta kerana simpati itu perih rasanya . Lakukan yang terbaik untukmu , tetapi ingat , hanya setelah kamu betul-betul yakin kamu jatuh cinta , ikhlas dengan cintanya barulah wujudkan confession itu . Takut nanti pengakuan itu buat kamu confius .
love the way u make confession .
Saat dua kawan menjadi kekasih itu ketulusan . Saat dua mantan menjadi kawan itu kedewasaan .
Raikan cinta !
Ya aku tahu cinta itu datangnya dari DIA ,
Paling adil
Paling suci
Paling abadi
tak akan mati ; Maha-cinta .
10 comments:
ya,btl 2...aku setuju.
cinta berpaksikan simpati mmg sakit. :)
Aku masih lagi dalam proses mencari masa yang sesuai. Masa yang aku rasa betul dan paling tepat untuk aku muntahkan semua rasa aku.
Kalau kau jumpa buku yang dia tulis nama kau dan dia, aku terdengar dari kawan2 bahawa dia juga simpan rasa yang sama ke aku.
Dan masalahnya sekarang, aku masih belum punya kekuatan nak confess ke kawan baik aku itu. Mungkin betul, tunggu masa yang sesuai.
Tapi betul ke perasaan itu, makin kita simpan makin sedap hasilnya?
kadang2 takut juga..
ssh nk luahkan kalau kawan sendiri.huhu
nk mngaku yg kite cinta pada seseorang mmg sukar kan . tp bnyk jugak cara tuk kite luahkan . even tak direct tp as long as dyer tahu
hai si cantik manis! diera singgah sini yaaaa~ :)
gua mengalami masalah yang sama.adoi
eh eh desktop cantik . hiii
pernah jugak jatuh cinta dengan kawan sendiri, tapi dia x pernah tahu :')
Post a Comment