Tuesday, October 16

Jodoh.

Kamu berusia 34tahun ,  dan kamu tiada teman lelaki . Don't worry kakak , tak bercinta tak semestinya tak kahwin . 

*******

Yang namanya pengalaman itu selalunya menjadi guru yang paling baik . Manusia tipikal biasanya menjadikan pengalaman sebagai pengajaran di masa hadapan . Kamu dalam kondisi dimana sudah berkali gagal dalam mencipta hubungan atas salah sendiri dan juga mungkin salah pasangan kamu . Jadi kamu melakukan perubahan . Cinta tanpa komitmen bukan lagi apa yang kamu cari . 

Demi Tuhan secara zahirnya kamu sudah bersedia menanggung sebuah komitmen . Tetapi apabila waktu itu sudah tepat , pasangan yang kononnya dianggap begitu ideal adalah pasangan yang jelasnya salah .

Demi Tuhan waktu ini kamu tak mampu menanggung apa-apa komitmen . Bukan tidak boleh tetapi hati kamu masih tidak yakin kamu mampu . Tetapi pasangan pilihan adalah yang sangat tepat . Si dia telah bersedia . Keluarga kamu juga sudah sedia menerima orang baru , tetapi hati , hati kamu masih keliru .

Apabila kamu benar-benar bersedia , pasangan yang kamu pilih bukanlah seperti yang diharapkan . Atau mungkin kamu betul-betul tidak berani mengambil apa-apa risiko tetapi si dia yang hadir pada waktu itu adalah paling berkualiti dan pantas kamu letakkan dalam hati kamu .

Jadi hati kamu jadi bosan . Bosan dengan gelojak hati sendiri . 

Hati adalah anggota paling rapuh binaannya . Selalunya apa sahaja yang rapuh pasti dijaga baik . Lebih-lebih lagi ia adalah milik persendirian . Menjadi masalah apabila ianya milik orang lain dan apabila wujudnya manusia yang suka merosakkan milik orang lain . Buat akal jalan singkat kamu fikir hati adalah dicipta tidak lain adalah untuk dirobek . 

Dan kamu percaya 100% nya .

Kamu harus tahu beda jodoh dari Tuhan atau sekadar persinggahan . Kita selalu keliru . Apabila kita terlalu obsesi dek desakan diri sendiri , persekitaran , kawan-kawan dan keluarga yang selalunya mempersoalkan tentang jodoh , sesiapa sahaja yang hadir pada waktu itu akan kita salah ertikan sebagai istimewa . Hati jadi buta dan tuli . Terbuai dek perasaan sendiri . Konklusi cerita itu , kita terluka lagi . Kita jatuh lagi . Kita salahkan takdir lagi . Kita keliru lagi .



Jodoh dari Tuhan itu hadir bila waktunya benar-benar ideal . Walau sekuat mana ujian yang dilalui , biasanya jodoh itu lebih utuh dari segalanya . Bila mana kekurangan itu menjadi hal yang semakin menyatukan . Bila mana rasa sakit itu dibahagi dua . Bila mana digerakkan Tuhan hati kedua antara kamu . Yakinlah , itu jodoh . Bila jodoh sudah tiba , kamu tidak punya alasan takutkan komitmen atau masa yang mencemburui kita . Jodoh tidak pernah salah alamat . Cuma kita sendiri yang selalu sesat kerana terlalu suka menerjah tanpa periksa .

Dan sekali lagi , percayalah , jodoh itu apabila digerakkan hati keduanya . Bukan kamu sahaja . Mahupun dia sahaja . Keduanya sayang , KEDUANYA . 

Love who are love you , not whom you love .

5 comments:

Anisa Anuar said...

yup...ini jiwang...kikikiii

Izwa Kamaruddin said...

Nice ~

Aunty P :) said...

jiwang sangat2 !
but its true, pilih yg syg kita, jgn kita thegeh2 kt dia kan :)

Pondok Usang said...

hari ku juga.. bila la agaknya.. teruskan berdoa.. =)

Adam Hakimie said...

Mudah-mudah.. cepat dapat jodoh.. (~_*)..
Sudi2kan ziarah ke http://waazin.blogspot.com