Wednesday, April 3

Malam Pertama.

Aku adalah perempuan biasa, dari kelompok golongan manusia biasa, hidup aku biasa-biasa sahaja, tiada apa yang istimewa. Kekasih tiada, kawan-kawan paling ramai seramai tujuh orang, dan hanya baik dengan dua orang daripada ketujuh itu. Hidup aku sangat membosankan walaupun Bie kawan lelaki berambut panjang aku yang manis itu selalu cakap hidup dia membosankan sebab selalu menghadap komputer riba, walhal hidup aku lebih naif dari itu, setiap hari aku berpura-pura menyukai persekitaran kerja walaupun hanya Tuhan yang tahu, aku benci bos atau mungkin Bos yang tak suka aku. Mungkin Bie, mungkin juga aku, mungkin kami berdua sama-sama tak bersyukur dalam pesepsi yang berbeza.

Mungkin.

Dan pada suatu hari biasa seperti yang aku jalani hari-hari aku, seorang kawan lama datang ke tempat kerja aku atas urusan tertentu. Kali terakhir sekali aku bersua muka dengan nya adalah lapan tahun yang lalu. Keterujaan bertemu sahabat lama sukar digambarkan dengan kata-kata apatah lagi dengan menaip sebuah entri tentang keterjumpaan dengannya, tak setimpal. Bertukar-tukar nombor telefon dan malam itu bermula episod ketidaksucian yang dijaga selama ini diragut rakus.

Kawan lama dah berubah, dengan t-shirt Polo yang tidak diragui lagi ketulenanannya. Jam tangan Rolex (yang ni mungkin tiruan) disebelah kiri tangan, telefon pintar yang sentiasa berbunyi aku percaya dia memang seorang lelaki niaga seperti yang diuar-uarkan olehnya.

Aku memang materialistik tapi tujuan aku keluar dengan kawan lama malam itu adalah untuk bertanya khabar, disamping dia sibuk mahu bercerita perihal kejayaannya sekarang. Jadi sebagai perempuan nampak naif diluar, tetapi bijak didalam aku sediakan telefon bimbit dengan kredit yang cukup untuk berhubung dunia luar, dan bateri yang penuh sebagai langkah berjaga-jaga. Kawan lama tak kawan lama, kalau namanya lelaki, perempuan haruslah berjaga. Begitulah sebaliknya.

Malam itu disebabkan kami keluar sebelum maghrib maka kami singgah ke rumah maktehnya untuk solat maghrib. Sejuk sebentar hati yang ragu ini, dia adalah lelaki yang baik, bisik hati ini. Usai solat makteh nya mengatakan sesuatu yang kembali meragukan hati aku.
" okay Anis, sekarang mungkin Anis blur sebab tak faham tapi nanti makteh cerita...."

Sebenarnya apa yang aku tak faham pun aku tak tahu. Bayangan drama-drama melayu yang mana dijual pada mak ayam mula menerpai ruang fikiran. Didalam keberangan itu, kawan baik memegang watak bapak ayam, dan Makteh yang cantik itu sebenarnya ibuk ayam, (masakan bapa boleh menjadi bapak takkanlah ibu tak boleh jadi ibuk ye dak?) dan plot ceritanya aku telah di troll oleh kawan lama sendiri. errrr.

***

Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam sebuah premis lama,

" You nak berapa? RM10000, RM30000, RM50000? I boleh tolong you sampai you kaya.... You masuk bawah I you cari tujuh orang you dapat RM10000.... " Bilang seorang jutawan.

Terima kasih diucapkan kepada kawan lama sebab bawa saya ke home party MLM (multilevel marketing). --'

Di malam pertama dihari kedua pada bulan keempat dimasihi yang ketigabelas, kesucian saya daripada terjebak dalam mana-mana MLM telah ternoda secara resmi.

tak tahulah halal ke harem, yang pasti saya tak berani.
MLM mengikut syariah? credit to : zaharuddin.net 

5 comments:

surianisiti said...

haha. mlm rupenyerr..

Anonymous said...

Wahahahaha kaya kaya kaya

. said...

gila aahhh anismasuk MLM hehe

Anonymous said...

Hahaha

Areyoudys said...

tak kaya. hehe
kayakan diri dengan zikir dulu. kaya hati, baru cari kaya duniawi. selamanya akhirat di hati

^^