Friday, April 26

Politik Malaysia.

Di sebuah kedai makan yang hening, di sudut sebelah kiri terdapat kelompok belia-belia berbual rancak. Sesekali terdengar hilaian tawa memecah kesunyian Jumaat. Di sudut kanan terlihat lima orang lelaki pertengahan usia dengan wajah yang sedikit tegang seperti sesuatu yang serius sedang dibincangkan. Di tengah-tengah pula beberapa lelaki separuh abad sesekali dengan riak muka serius sesekali ada juga dekahan ketawa kelihatan. (jangan percaya, ketawa sememangnya tak dapat dilihat).

Dan adalah mustahil bagi saya untuk bersarapan pagi dikedai makan yang dipenuhi lelaki-lelaki ini. Sifat gadis timur masih lagi tidak luput sedikitpun daripada hati saya walaupun sesekali saya selamba tunjuk penumbuk pada sesiapa sahaja. Jadi saya mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati bebas dari jarak jauh meneliti mentaliti politician di kawasan tempat tinggal saya. Adakah mereka adalah tergolong daripada manusia-manusia yang begok?

Begok didalam konteks ini adalah orang yang sanggup bermasam muka, bertelagah, bersakit hati sesama sendiri sedangkan selama ini daripada ngeteh di pagi hari, bawa ke tengah hari, singgah lagi ngeteh di petang hari, ekau selalu bersama tetapi hanya disebabkan politik ampa jadi macam harem. (campuran bahasa amatlah keji sebenarnya, jangan tiru). 



Menurut pengalaman saya sendiri, saya pun mengalami masalah apabila bertemu dengan rakan-rakan yang berlainan pendapat. Kadang-kadang saya pun hampir jadi begok, tapi saya memegang suatu sahaja dalam hidup ini, manusia semuanya berbeza. Sedangkan adik-beradik sahaja lain peelnya, apatah lagi orang lain. Takkan lah kalau kau suka minum teh ais, maka kawan baik kau perlu minum teh ais. Faham dak? Ayat senang je tu. Maka sejak hari itu saya berikrar menjadi belia yang tenang-tenang sahaja. Semangat kena ada, baran kena buang.

Maka hasil daripada penilikan saya, politik ditempat saya masih dalam keadaan terkawal. Alhamdulillah. Tak dengar lagi mereka bertelingkah hal-hal yang tak sepatutnya menjadi suatu isu untuk pertelingkahan. Semoga PRU kali ini berjalan dengan baik. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara tercinta ini. Jangan pompang pompang je tak tentu hala, berkempem sana-sini, tadah tangan sikit minta pada Yang Maha Berkuasa. Tuhan tu ada jangan dilupa.

Petikan daripada kata-kata Ibn Qayyim, Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka , jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah ." -Ibnu Qayyim

Selamat mengundi. Suara anda. Hak anda.

10 comments:

Anonymous said...

aku xpandai bicara politik seperti kamu

Rokiah Wandah said...

tahu dah siapa haha.

Anonymous said...

Ohsem

Wallahua'lam said...

assalamua'alaikum.
haaa.. lama gila pakcik tak mai sini sini.HAHA.gigih sokmo masuk baca :p

alhamdulillah. polemik politik.
politik kat tempat pakcik pun terkawal. balik mengundi. mengundi~

^^,

Rokiah Wandah said...

waalaikumusalam pakcikkkk, amboi lamanya tak nampak. ingat anis lg ye, hihi.

Anonymous said...

kakak citer politik!! boleh jadi org politik!! hidup kak niss... hidup hidup!!!

Anonymous said...

pengayaan bahasa sungguh menarik lengo -lengok ,dicampur isu-isu semasa menjadikan hot seperti api yg membakar idup kak anis

Rokiah Wandah said...

diamla oma!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ said...

pilihlah politik yang menegakkan Islam,membawa ajaran Islam,yang ikut syariat Islam. bukan memilih politik yang tak habis2 dengan fitnah yang sia-sia menyebabkan diri sendiri bergelumang dengan dosa. :)

Rokiah Wandah said...

betul tu aisyah! buatlah pilihan terbaik! ^_^