Sunday, July 14

Human being.

Tarikh: 12 Juli 2013
Masa: 1:37 a.m
Whether: Rain

Sejak daripada hari itu lagi aku mula fikir kau mesti akan melupakan aku.

Dan sebelum hari itu juga aku sudah bersedia 
Menerima yang suatu hari nanti kau mesti tinggal aku untuk manusia lain.

Seperti mana aku lupakan manusia lain untuk mengingati kau.
Menghalang perjalanan manusia lain dan sibuk mengejar kau.
Aku percaya sekarang Tuhan dengan lembut-lembut beri pelajaran pada aku.

Kau jangan risau, mungkin sedih aku ini sampai malam ini sahaja.
Mungkin suatu hari nanti aku boleh lupa terus tentang kita.

Jangan khuatir rasa cinta boleh padam.
Sebab cinta manusia tak ada yang kekal.
Cuma aku mahu kau beri masa.
Masa paling layak bunuh perasaan ini.

Buat manusia yang aku cinta diam-diam,
Yang juga sedang mencintai manusia lain
aku mahu kau tahu, 
kau adalah manusia yang entah dari mana yang selalu ada dalam kalam doa aku

Mungkin ini bukan masanya.
Mungkin ini bukan jodoh.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman: 
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

5 comments:

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

jiwangnye..

Anonymous said...

hati kau kuat rokiah!! kau lh semangat hidup aku.. kakaka!!

Anonymous said...

Kaknis Aku punye

Rokiah Wandah said...

semua gile.