Monday, July 8

Kawan yang mengalami mutasi.

Saya duduk di hentian bas. Pagi itu pagi Isnin yang ruang udaranya dipenuhi kabus nipis. Sesekali angin meniup lembut serasa titis-titis air membasahi muka. Jasad sudah bangun untuk menunaikan bakti tapi jiwa dan perasaan seperti masih belum bersedia menghadapi realiti.


Kemeja bunga-bunga, seluar jeans boot-cut dan novel Charles Dickens yang tak pernah dikhianati menjadi teman ketika menunggu. Mengamati novel ditangan, diulang bait-bait kata beribu-ribu kali juga seperti tidak mampu membunuh waktu yang menerawang ruang pemikiran. Belek-belek telefon bimbit lama yang berjaya dihidupkan semula kelmarin, terjumpa pesanan ringkas lama antara saya dan seseorang yang kini entah dimana.


" Selamat malam, maaf saya mengganggu.
" Selamat malam. Siapa?
(Dia yang suka menukar no telefon)

********************

"Selamat makan tengahari, awak dah tak tengok-tengok hp lagi ya, lepas ni pakai walkie talkie jelah. "
(Aku pernah bilang padanya aku jarang belek-belek telefon sebab terlalu busy dengan kerja, jadi aku tahu ini pesanan ringkas dari siapa)

" Selamat tengahari. Hari ni makan dengan bos. Amboi perli saya!" (Memang biasa diperli dia)

"Amboi bos belanja ya, baik betul hati. Ada scandal keras ke awak dengan bos tu? "

" Scandal lembut-lembut je. " (Aku yang suka menyakitkan hati dia)

" Okay saya percaya. Harap awak kenyang dan bertenaga semula untuk terus memberi harapan kepada bos awak. "

"Awak cakap macam saya suka memberi harapan je. "
(Sedikit berkecil hati)

"Harapan dan kepercayaan menjadi pekerja contoh. Kalau tak rugi la saham bos belanja makan tadi. Kerja main-main. "

"Okay awak dah pandai memanipulasikan keadaan. "

" Bos bujang lagi ke? Saya bukan manipulated, cuma terfikir berapa peratus lagi harapan yang masih ada untuk saya bersama awak. "

"Hahahahahahahaha.....

"Ketawakan saya? Okay rasanya dari sekarang saya mesti berusaha lebih untuk memantapkan dan meningkatkan prestasi diri ini. dari gelakan riang awak tu adalah jawapan pasti daripada saya.

"Tak power pula ayat awak. Okay good luck.

"Ucapkan juga pada diri awak, semoga berjaya.

Kredit saya habis. Perbualan habis disitu.

Seingat saya pada 10hb itu berlaku sedikit pertengkaran kecil antara saya dan dia. 
Perihal apa, saya kurang pasti.

" Jika saya melakukan kerja bodoh atau gila semuanya kerana awak.
"Perlu ke?
" Perlu ke tidak, saya terlalu kecewa dengan awak.

Saya tak lagi membalas sms atau panggilannya selepas itu. Begitu juga dia. Apa yang terjadi pada dia, saya pun tak tahu.

Ini adalah manusia yang mengambil tentang saya sedang saya mengambil berat tentang manusia lain. 

Semoga kau baik-baik saja, ALU.

No comments: