Monday, July 29

Lelaki sebelah pintu.

Comel.

Suka lalu depan tempat kerja sambil curi-curi pandang. Lalu senyum sampai tak nampak mata kemudian jalan laju-laju.

Malam-malam aku buka tingkap di balkoni atas untuk meminjam udara Tuhan, aku nampak dia.
Juga sedang melampiaskan kepenatan di tingkap rumah, nun di hadapan rumah aku sahaja.

Kami bertentang mata--
dan masuk tidur.

Dan esok kami ulangi kelaziman itu--

Ya kadang-kadang dengan senyuman sahaja kita bisa memahami bahasa manusia diam.
Seperti lelaki sebelah pintu.

2 comments:

Anonymous said...

kaknis bile nak kawen??

Judh said...

doakan bertemu jodoh yg baikk