Tarikh : 03 Juli 2013
Masa : 18:52
Whether : Shine
Bright Like A Diamond (ulang 2x)
Petang ini pulang kerja dikejutkan dengan berita yang
menghancur luluhkan hati ini. Tiada apa yang lebih menghancurkan hati melainkan
berita itu. Air tiada. Tinggal pula bersama enam orang gadis sunti dan seorang
isteri orang.
Perempuan.
Siapa tak tahu perempuan memang mandi paling minima 30 minit
seorang. Malas nak kira tapi cuba kau bayangkan kalau seminit 1liter X 30?
Okay cukup cerita perempuan.
Sekarang cerita lelaki.
Saya sedang mengenali seorang lelaki. Setiap kata yang titip
dari mulutnya saya ingat, saya juga menghafal setiap bait kata-katanya. Saya
tidur hanya selepas saya mendengar dan memikirkannya. Saya bangun, saya masih
memikirkannya. Saya sendiri tidak pasti mengapa dan saya harap ia tak semakin
serius.
Saya menunggu beberapa hari. Saya fikir mungkin suatu hari
nanti dia menghilangkan diri dan saya tak perlu memikirkannya lagi. Tapi
andaian saya menipis, saya bangun pagi tadi dan saya masih memikirkannya.
Dan masih lagi memikirkannya sekarang.
Kehadapan
Tom Chaplin, setelah diperkenalkan dirimu oleh seorang kawan nun dari seberang
singapura sana, saya selalu mendengar lagu-lagumu dan mula mencurangi The Beatles. Setiap masa, setiap
pekerjaan yang saya lakukan bibir saya sentiasa mengulangi lagumu berulang
kali. Saya berkongsi lagu-lagumu pada semua manusia yang saya sayangi.
Adakah saya
sedang jatuh cinta?
Okay, kita gurau je. Tapi dengarlah lagu band Keane ni, selain daripada vocalist dia cute, lagu diorang berkualiti dan tak heavy. Sesuailah untuk perempuan sopan-santun macam saya. kahkahkah.
Sekian.
6 comments:
bau orang xmandi sampai kesini
herghhhhhhh.
hahahak ini semua poyo
hahahaha :P
dari kisah ag tak mandi disebabkan takdak air sampai lah ke kisah ag berlaku curang. no need any song suggestion from you anis. nanti aku masuk wad gila. cukup la sekali aku menjengah kamar mu di kampus satu masa dahulu . Mendengar lagu kegemaran mu aku hampir terkena sawan. hahahahaha alaaaa rindunyaa kat duduttttttt :'((
dari kisah ag tak mandi disebabkan takdak air sampai lah ke kisah ag berlaku curang. no need any song suggestion from you anis. nanti aku masuk wad gila. cukup la sekali aku menjengah kamar mu di kampus satu masa dahulu . Mendengar lagu kegemaran mu aku hampir terkena sawan. hahahahaha alaaaa rindunyaa kat duduttttttt :'((
Post a Comment