Saturday, August 31

Batman adiwira merdeka.

Dimalam merdeka itu,
aku ke pesta ria
selipar jepun jadi lapik tempat duduk
duduknya nun di tengah-tengah keramaian

Dimalam merdeka itu,
aku lihat ada manusia-manusia berhati senang
semuanya tersenyum bahagia
aku tunduk lalu memusing-musingkan cincin dijari
detik dalam hatiku
apakah mereka bahagia kerana merdeka?

Dimalam merdeka itu, 
ada sekumpulan anak muda berbual mesra
beberapa kali kata merdeka dilaung penuh semangat
sekali lagi aku tunduk dan berkata
Ya
mereka telah merdeka
lihat saja pada wajah-wajah itu
sedangkan aku
ke pesta ria ambang merdeka negaraku sendiri
tanpa mengibar bendera
malu melaung 'merdeka'
dan berbaju simbol adiwira inggeris 'batman'
Anis
mindamu masih dijajah
meskipun di tanah sendiri.

Aku berlalu pulang
dengan perasaan 
paling

malu.

3 comments:

Anonymous said...

slipar hijau ke ? :)

manusiaekstinsi said...

malam minda dibuka semula,malam merdeka.

Rokiah Wandah said...

:(