Thursday, August 29

Jauhnya sejauh ini.

Aku suka
waktu dulu
kau suka ajak aku
ke tepi tingkap sambil minum kopi panas
lalu bicarakan tentang hidup.

Aku suka 
waktu dulu
kau ajak aku nikmati hujan Tuhan
dan bawah payung biru kita makan strawberry kisses
lalu ketawa sepenuh hati.

Sekarang kita jauh
dan aku masih harap
kita tak perlu sejauh ini
kerana aku suka
berbuat apa sahaja

denganmu.

6 comments:

jenanese said...

asal baju dari benang,
asal benang dari jawa.
orang yang jauh jangan dikenang,
jika dikenang runtunlah jiwa.

kehkehkeh

Anonymous said...

rindu org jauh ke ?

Rokiah Wandah said...

jenanese: perghhhh nak kena beli ke pantun tu haha

Anonymous: ya jauh sejauh jauhnya.

Anonymous said...

jauh sampai hujung utara ?

Rokiah Wandah said...

sampai dan sempat pusing balik.

Anonymous said...

knapa pusing tknk tgu dulu ke ? :)