Jadi yang kedua kali ini saya yakin saya pasti lebih berjaya. Saya seperti bersungguh-sungguh melakukannya. Saya jadi lebih bersungguh-sungguh daripada mencari baju yang sesuai untuk temujanji pertama.
Tapi sayang, kadang-kadang apa yang kita mahu itu tak jadi nyata. Keropok yang saya goreng terlalu keras dan sukar untuk dimakan. Mungkin rezeki tong sampah hari ini.
Pedih tapi ini
kenyataan hidup.
Bonda gua yang paling pandai ambil hati pun cepat-cepat tenangkan hati yang gundah gulana ni dengan berkata,
takpe kak, nanti kalau kau goreng keropok rumah mak mertua, kalau keropok kau still serupa macamni, komfem dia makan juga. Orang yang gorengkan, semua jadi sedap."
**Nangis bawah katil
No comments:
Post a Comment