Tuesday, October 15

Rindu.

Sebenarnya sayang,
cerita 361 hari yang lepas aku sudah lupa bagaimana ia bermula. 
Sebenarnya sayang, 
cerita itu telah aku bungkus baik-baik dan selesai aku taruk dilaci paling bawah dan terkunci kemas.
Tapi sayang, 
dibeberapa hari istimewa itu, 
aku jadi begitu tagihkan diri kamu.

Bau-bau kamu seperti tersebarkan disetiap genap jiwa.
Suara kamu, terngiang-ngiang sehingga memaksa rindu jadi dalam sehingga terluahkan airmata.
Sayang,
dalam seminggu ini gambar kamu jadi kertas dinding telefon bimbitku.
Paling sadis,
Aku menulis satu hari satu kali apa-apa sahaja kenangan yang terlintaskan diruang fikiran dalam buku nota harianku.
Sayang,
aku mahu sekali bertanyakan khabarmu.
Dan itu yang paling tak mungkin.

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa paling tak mungkin? Ego sekeras batu?

Judh said...

malah lebih daripada itu.

Nur Azwa Edora said...

Luahan hati paling terindah yang aku pernah baca. Pasti kau sakit kan terpaksa mengeraskan egomu?

Judh said...

betul. lagi-lagi bila hanya mampu luahkan pada diari elektronik ini.