Sunday, December 8

Satu kali.

Hidup terlalu rahsia
sehinggakan kadang-kadang
kejutan yang hadir
seperti menggoncangkan seluruh arteri dan renalis.

Hidup terlalu berahsia
sehinggakan
aku takut akan apa yang bakal hadir.
aku takut
rasa bahagia ini
sementara cuma.

Sebenarnya
aku ini tak mahu berharap pada dunia.
Dunia terlalu kejam dan dusta
dan pengalaman
belum cukup untuk menjadi guru yang baik.
aku memperjudikan perasaan
dan berserah pada kehidupan untuk royaltinya.

Berbahagialah mereka yang percaya pada hidup
moga-moga kita bukan hanya sentimen kosong pada dinding yang buta.

2 comments:

Anonymous said...

Hidup adalah perjudian. cuba

Anonymous said...

Berharaplah pada cinta yang takkan pernah padam. Pegang pada janji tuhan. DIA takkan memungkiri janjinya padamu -ah-