Wednesday, August 27

Start over again, could I?

Kehidupan tidak semanis yang saya harapkan.
Biasalah, manusia, memang suka berharap yang lebih-lebih. Usahanya, kurang.
Sebagaimana saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk berasa tidak kecewa di 2014 ini, seperti itulah saya telah berlaku zalim dengan menipu diri saya yang menginjak dewasa ini.

Kesian saya.

Bagaimana saya begitu teringat sewaktu saya terlalu berjanji untuk tidak menangis di 2014 ini akhirnya ia telah menjadi mimpi ngeri dalam hidup saya. Lebih ngeri dari mimpi tempoh hari dimana Pak Karim menghalang cinta saya. Hari-hari saya menangis untuk hal-hal yang tak sepatutnya. Sehinggakan airmata sendiri juga sudah bosan dengan keadaan saya yang selayaknya dipanggil pathetic loser sehingga memaksa saya meletakkan minyak cap kapak dimata demi merembes setitik dua titik airmata hanya untuk melegakan perasaan sendiri.
Tetapi setelah penat mencuba, sekarang saya sudah tidak mampu menangis.

Pedih.
Tapi saya sedar, ini kenyataan hidup.

Kehidupan benar-benar sudah berubah. Sekaligus merubah saya menjadi lebih dari apa yang saya pernah bayangkan.
Dan percayalah, semuanya kerana awak.

Dan tidakkah awak sedar betapa saya tidak pernah menyesal melepaskan pakwe cute hujung tahun lepas yang mana ketawa sehingga mata tertutup demi awak si pakwe macho bergigi jarang walaupun diakhir cerita yang saya cuba sampaikan hanyalah sampai di perenggan kedua akhir?

Sampai bila awak mahu menghantui hidup saya dengan suara awak yang mampu mengturn on saya tanpa sebarang body contact?

Awak sedar tak awak power gila dan saya mula tidak tidur lena seperti orang gila bercinta?

Tidakkah awak rasa saya terlalu manis dan terlalu muda untuk dikecewakan dan seberapa lama awak mahu saya tersiksa dihantui awak dan perlu menunggu awak hentikan semua ini?

Tahukah awak sepatutnya saya sekarang perlu berkabung sekurang-kurangnya beberapa purnama dan bukanlah tersenyum-senyum setiap kali awak dodoikan lagu cinta sebelum saya masuk tidur?

Sedar tak Chris? Awak sedar tak awak bunuh saya perlahan-lahan padahal kenyataannya saya telah mati berkali-kali?

reference: 1. farewell pakwe cute
                2. Pakwe kacak

Kehadapan Chris Martin, sebelum awak tuju lagu ni ke saya, nah saya tuju ke awak dulu.
Eh handsomenya gigi awak ni. *nangis


1 comment:

Anonymous said...

perdhhh.. pedih! mohon tabah!