Monday, October 27

Chapter 9: That's Tuah, I hope he's your father. [The|Beginning]

Perjalanan yang sepatutnya dua jam jadi dua jam setengah.
Dan perjalanan yang sepatutnya semalam, terganggu dek kerana saya yang tak bersedia menghadapi kemungkinan bahawa tiket mungkin akan habis kerana musim perayaan Deepavali tempoh hari.
Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang hari ini.

Dengan perasaan yang berbagai saya berat-berat mahu pulang. Ah memang saya selalu begitu. Sekali saya sudah terbiasa dengan satu-satu keadaan, untuk kembali pada apa yang sepatutnya saya lalui jadi terlalu susah dan membebankan.

Memeluk Ain dengan sedikit keras dan ciuman di pipi dua kali menjadi saksi perpisahan kami pagi itu. Semangat kami hilang entah kemana. Saya tahu juga yang Ain lebih tak semangat pagi itu. Dalam pelukan yang paling tulus pagi itu, sempat saya bergurau "jaga diri baik-baik. Semangatlah kerja!" Sambil menepuk lembut belakang salah saorang perempuan yang saya cinta.
Ain tergelak kecil. Sejuk hati saya bila Ain dah sengih.

I make Ain laugh, I should date her. Okay gurau aja. Jangan serius sangat boleh?

Lega apabila di terminal Melaka Sentral, dua seat menjadi milik saya. Disaat semua penumpang lain berpasang-pasangan, saya tak putus-putus senyum sendiri kerana berjaya mengongker dua seat sekaligus. Malangnya sampai di terminal Alor Gajah, saya terpaksa nengaku kalah dan menerima kenyataan ada penumpang bakal duduk di sebelah sehingga ke Kolumpo.

Saya hanya tahu tidur sambil mengulang lagu-lagu dalam pelayar kegemaran. Tak teringin sedikit pun mahu memandang waima raut tangan mamat sebelah. Saya tidur dia jaga, saya jaga, dia pula sedang gigih menahan tidur sebab saya nampak dia tersengguk-sengguk pada ekor mata. 

Akhirnya saya sampai Kolumpo dengan perasaan yang entah, kosong. Gembira tidak, sedih pun bukan. Mamat sebelah lambat-lambat mahu turun. Bangsa apa saya tak pasti, tapi dari ekor jelingan maut saya, tangannya lebih putih dari tangan saya.
"Cina mungkin."
Hati saya meneka secara rawak. Tanpa niat untuk bercinta mahupun berangan akan dimengorat mat cina sebentar lagi.

Gigihnya saya berjalan laju kerana saya tak mahu jadi yang terakhir turun dari bas dan mamat sebelah akan berjaya memandang muka saya yang suci baru bangun dari tidur kerana saya telah berazam, muka tidur dan muka selepas bangun tidur bakal diamati oleh suami aja. Suci betei azam saya. Tak semena-mena saya nampak mamat sebelah melintas laju meninggalkan saya sebelum sempat saya menatap wajahnya. (Teringin juga rupanya)

Seperti drama tv swasta, kami bertembung di lorong berdekatan toilet. Mat cina yang baru keluar dari toilet rupanya seorang Melayu yang manis dengan susunan gigi yang sama dan rambut kerinting.
Sempat saya memberi jelingan maut sambil ditenung tajam mat cina tersebut. Saya meneruskan perjalanan ke toilet untuk membersihkan sisa-sisa muka bangun tidur saya dengan tenang.

Betullah cerita Tuhan tulis manis gila. Sampai dekat tangga sebelum ke laluan ktm, mat cina menegur saya dari belakang,
"Boleh jalan sekali? Tadi nak ajak borak kat dalam tapi awak tidur sangat. "

Mat cina telah buat saya yang dari Melaka sampai Kolumpo dengan muka kelat tergelak terbahak-bahak sehingga hilang keayuan saya. Lantas saya jalan beriringan bersama mat cina bernama Tuah walaupun antara kami hanya menikmati jalan dengan senyap. (Mungkin kami sedang berkomunikasi dalam hati) sehinggalah persimpangan antara laluan lrt dan komuter memisahkan kami.

Itulah kali terakhir saya melihat Tuah, lelaki manis berkulit cerah dengan susunan gigi yang cantik dan rambut kerinting.
Namanya saya tak tahu, tapi saya yakin dia anak Melaka dan keberanian dia menegur saya yang garang telah membuatkan saya jatuh hati pandang pertama lantas nama Tuah memang layak untuk dia dan saya mula mengharapkan Tuah hadir dalam mimpi saya, malam ini.

Tuah buat saya sedar, saya bukanlah invisible atau makhluk mutant yang hadirnya manusia tak perasaan. Akhirnya Tuah buat saya sedar saya masih wujud dan hidup segar mewangi dan bahagia dalam susunan sentimen kepunyaan Tuhan.

Terima kasih Tuah!

Selamat malam Tuah, izinkan saya mencintai awak dalam mimpi-mimpi saya. Kalau ada jodoh singgahlah lagi dalam hati saya yang kosong ini. :')

3 comments:

Anonymous said...

banyak betul cerita pengalaman hidup. nice sharing.

ohya. kalau dah banyak chapter nanti jangan lupa compile sampai jadi buku. boleh ramai lagi baca.

cadangan : (if pernah, akan buat?) boleh ke kalau ada masa nanti share experience macam mana ajak orang buat kebaikan, or sumthing like dakwah. maybe it could inspire someone, insyaAllah. mana tahu kan? tq

Anonymous said...

yeah.. best2. bertuahlah hang jumpa tuah, awat hang xmintak nmbor phone Tuah. mana hang taw dia Tuah mungkin ka hang jebat atau hang kasturi. haha. hang heng hong..

btw..mana terminal alor gajah? itu tampin kot.setuju ngan anon1. bila hang nok buat buku.. oklah..
bye,,, have a nice day! and love u very2 much!! muah3..

Anonymous said...

knis!