Showing posts with label How I met your father. Show all posts
Showing posts with label How I met your father. Show all posts

Monday, October 27

Chapter 9: That's Tuah, I hope he's your father. [The|Beginning]

Perjalanan yang sepatutnya dua jam jadi dua jam setengah.
Dan perjalanan yang sepatutnya semalam, terganggu dek kerana saya yang tak bersedia menghadapi kemungkinan bahawa tiket mungkin akan habis kerana musim perayaan Deepavali tempoh hari.
Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang hari ini.

Dengan perasaan yang berbagai saya berat-berat mahu pulang. Ah memang saya selalu begitu. Sekali saya sudah terbiasa dengan satu-satu keadaan, untuk kembali pada apa yang sepatutnya saya lalui jadi terlalu susah dan membebankan.

Memeluk Ain dengan sedikit keras dan ciuman di pipi dua kali menjadi saksi perpisahan kami pagi itu. Semangat kami hilang entah kemana. Saya tahu juga yang Ain lebih tak semangat pagi itu. Dalam pelukan yang paling tulus pagi itu, sempat saya bergurau "jaga diri baik-baik. Semangatlah kerja!" Sambil menepuk lembut belakang salah saorang perempuan yang saya cinta.
Ain tergelak kecil. Sejuk hati saya bila Ain dah sengih.

I make Ain laugh, I should date her. Okay gurau aja. Jangan serius sangat boleh?

Lega apabila di terminal Melaka Sentral, dua seat menjadi milik saya. Disaat semua penumpang lain berpasang-pasangan, saya tak putus-putus senyum sendiri kerana berjaya mengongker dua seat sekaligus. Malangnya sampai di terminal Alor Gajah, saya terpaksa nengaku kalah dan menerima kenyataan ada penumpang bakal duduk di sebelah sehingga ke Kolumpo.

Saya hanya tahu tidur sambil mengulang lagu-lagu dalam pelayar kegemaran. Tak teringin sedikit pun mahu memandang waima raut tangan mamat sebelah. Saya tidur dia jaga, saya jaga, dia pula sedang gigih menahan tidur sebab saya nampak dia tersengguk-sengguk pada ekor mata. 

Akhirnya saya sampai Kolumpo dengan perasaan yang entah, kosong. Gembira tidak, sedih pun bukan. Mamat sebelah lambat-lambat mahu turun. Bangsa apa saya tak pasti, tapi dari ekor jelingan maut saya, tangannya lebih putih dari tangan saya.
"Cina mungkin."
Hati saya meneka secara rawak. Tanpa niat untuk bercinta mahupun berangan akan dimengorat mat cina sebentar lagi.

Gigihnya saya berjalan laju kerana saya tak mahu jadi yang terakhir turun dari bas dan mamat sebelah akan berjaya memandang muka saya yang suci baru bangun dari tidur kerana saya telah berazam, muka tidur dan muka selepas bangun tidur bakal diamati oleh suami aja. Suci betei azam saya. Tak semena-mena saya nampak mamat sebelah melintas laju meninggalkan saya sebelum sempat saya menatap wajahnya. (Teringin juga rupanya)

Seperti drama tv swasta, kami bertembung di lorong berdekatan toilet. Mat cina yang baru keluar dari toilet rupanya seorang Melayu yang manis dengan susunan gigi yang sama dan rambut kerinting.
Sempat saya memberi jelingan maut sambil ditenung tajam mat cina tersebut. Saya meneruskan perjalanan ke toilet untuk membersihkan sisa-sisa muka bangun tidur saya dengan tenang.

Betullah cerita Tuhan tulis manis gila. Sampai dekat tangga sebelum ke laluan ktm, mat cina menegur saya dari belakang,
"Boleh jalan sekali? Tadi nak ajak borak kat dalam tapi awak tidur sangat. "

Mat cina telah buat saya yang dari Melaka sampai Kolumpo dengan muka kelat tergelak terbahak-bahak sehingga hilang keayuan saya. Lantas saya jalan beriringan bersama mat cina bernama Tuah walaupun antara kami hanya menikmati jalan dengan senyap. (Mungkin kami sedang berkomunikasi dalam hati) sehinggalah persimpangan antara laluan lrt dan komuter memisahkan kami.

Itulah kali terakhir saya melihat Tuah, lelaki manis berkulit cerah dengan susunan gigi yang cantik dan rambut kerinting.
Namanya saya tak tahu, tapi saya yakin dia anak Melaka dan keberanian dia menegur saya yang garang telah membuatkan saya jatuh hati pandang pertama lantas nama Tuah memang layak untuk dia dan saya mula mengharapkan Tuah hadir dalam mimpi saya, malam ini.

Tuah buat saya sedar, saya bukanlah invisible atau makhluk mutant yang hadirnya manusia tak perasaan. Akhirnya Tuah buat saya sedar saya masih wujud dan hidup segar mewangi dan bahagia dalam susunan sentimen kepunyaan Tuhan.

Terima kasih Tuah!

Selamat malam Tuah, izinkan saya mencintai awak dalam mimpi-mimpi saya. Kalau ada jodoh singgahlah lagi dalam hati saya yang kosong ini. :')

Tuesday, September 30

How I met your father; Chapter 8: Finale.

Seperti yang saya pernah bayangkan, hari ini awak memang sebenarnya telah pergi.
Hai awak.
Ketika awak membaca surat elektronik ini, mungkin saya sedang menangis, atau sedang makan nasik atau sedang melepaskan lelah di tangga sogo sambil melayan busker yg sering memerli kita dengan lagu-lagu kecewa atau mungkin saya sedang pada janji temu pertama dengan peganti awak.
Ah tak dapat saya bayangkan akhirnya saya harus bergembira dengan orang lain.
Dan begitu juga awak.

Awak.
Sepertimana saya pernah melampiaskan kesukaan saya kepada awak secara surat elektronik maka moleklah jika kebencian ini juga dilampiaskan dengan cara yang sama. Dan janganlah berdebar sangat kerana ingin dijelaskan disini kebencian saya adalah terhadap kita yang dulu dan bukanlah pada awak sa-orang. Sesungguhnya awak mesti tahu bagaimana perit membenci diri sendiri.

Awak.
Yang kita sedia maklum, bagaimana teori perit bahawa air sungai pun berubah apalagi hati orang.." ini sebenarnya tak mungkin terjadi kepada saya dan awak, akhirnya benar-benar terjadi kepada kita. Hergh kenapa sekarang saya rasa nak pegang muka awak kuat-kuat dan jerit dan berharap kita masing-masing telah sedar teori itu bukan dogeng orang zaman dulu-dulu. Atau adakah awak sudah lama menyedari perihal ini tetapi berat mahu beritahu saya?
Jangan salah faham. Saya bukan negatif, saya cuma bertanya. Hm. Mungkin saya yang gemar bertanya sedangkan awak tak berminat untuk menjawab. Atau mungkin saya sahaja yang selalu fikir awak begitu. Aduhh.

Awak. 
Sejujurnya sewaktu awak pelan-pelan jauh saya selalu menangis kerana saya tak percaya teori diatas dan saya selalu percaya saya memang sudah tidak boleh hidup tanpa awak. Memang tak boleh. Bayangkan bagaimana saya mahu bangun pagi tanpa ucapan 'selamat pagi, darling' daripada awak dan bagaimana pula saya mahu tidur tanpa 'selamat malam makwe' yang sememangnya jadi rutin kita berdua? Dan ternyata saya bangang sekali kerana helaan nafas saya bukan tercipta dari ucapan-ucapan awak. Sayalah yang bersalah kerana menganggap momen biasa itu terlalu indah.

Atau mungkin saya yang terlalu jiwang.

Jadi dalam tempoh saya bersedih itu bolehkah awak bayangkan bagaimana saya menangis setiap kali saya membayar kuih seri muka di bazar ramadhan yang lepas? Setiap kali saya memeluk ayah, setiap kali saya bangun pagi, setiap kali saya terhidu wangian yang sama yang pernah awak beri kepada saya pada lelaki yang sama-sama menunggu keretapi ke tempat kerja bersama saya, setiap kali saya menggoreng keropok, setiap kali saya menghirup udara pagi, setiap kali saya berjalan kaki di kg Surabaya, bahkan setiap hari sewaktu saya tidur, saya bercakap tentang awak. Tanpa sebab yang kukuh. Dan tahukah awak tempoh itu adalah yang paling pedih selama saya berumur 22 tahun? Segalanya seperti benar-benar membawa awak kepada saya lantas tubuh saya mengigil setiap kali alter ego saya menyedarkan kenyataan bahawa awak yang dulu benar-benar telah pergi. (Sewaktu menulis perenggan ini awak masih seseorang kepada saya tetapi sebenarnya sudah kepada jelmaan lain)

Awak.
Lupa saya mahu ingatkan disini. Surat ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk saya layangkan. Dan yang pastinya surat ini akan mencuri masa awak yang banyak. Jadi silakan bersabar sayangku. Bacalah bila awak tenang dan waras. Dan awak adalah awak yang sebenarnya. Jadi marilah kita menikmati surat terakhir ini sebaik-baiknya. (Atau mungkin awak takkan membaca surat ini)

Awak.
Kenyataan memang perit. Tapi apalah hendak dikirakan perit itu jika dibandingkan bagaimana kita masing-masing terpaksa menahan sakit dalam suka. Jadi diperenggan ini marilah kita bercinta dan lupakan sekejap peritnya melupakan. Sini kita kutip momen-momen yang lepas sebelum kita balut dan campak ke lautan Hindi yang misteri dan seram itu. Semisteri cinta kita. Perghh.

Dan dengarlah hati saya bercerita.

Ke Kelantan berjumpa ma dan ayah awak adalah pengalaman besar bagi saya. Bagaimana kalutnya saya menahan debar dalam perasaan dan bagaimana awak begitu comel menyelamatkan saya dalam setiap keadaan pun. Maafkan saya untuk setiap ketidaksempurnaan saya selama itu. Saya mahu sekali pulang lebih awal dari yang kita rancangkan tetapi secara jujurnya setelah pulang ke Kuala Lumpur, saya jadi rindu. Rindu mahu bersama ma ayah dan awak di rumah. Perasaan geram setiap pagi melihat awak berselimut hingga kepala masih berbekas dihati. Sehinggakan sewaktu menunggu abg Dir jemput kita fikiran saya masih melayang-layang di Kelantan sana. Padan muka saya. Waktu berpeluang nikmati semua itu, saya siakan.
Maka hiduplah saya dalam kerinduan dan sesalan yang paling dalam.

Ingatkah awak pada dedaun yang gugur di jalan sewaktu dalam perjalanan ke rumah saya? Semesta alam seperti meraikan kita. Membawa awak bertemu keluarga saya adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ternyata saya memang kaki buli tegar awak ketika itu. Kesian awak. Sudahlah penat, tak cukup tidur, kemudian dibiar saya menjawab soalan demi soalan yang dilemparkan keluarga saya. Padahal turn saya di rumah awak, saya cukup diselamatkan. Sudah lupakan?
Terima kasih awak!

Menikmati keindahan petang di Putrajaya sambil melihat anak-anak orang lain bermain cukup-cukup menenangkan. Belum lagi melihat anak-anak sendiri. Lalu apa yang terucap dari mulut awak lantas membuahkan senyuman di bibir saya. "Nanti bila kita tua, kita beli basikal main dekat sini dengan anak-anak kita. Marilah amalkan hidup sihat!..' Ungkapan itu serasa seperti baru semalam dilontarkan. Sayangnya ketika menaip perenggan ini, awak mungkin sudah pun dimiliki orang lain dan impian berbasikal itu sudah berpindah milik padanya. Tak apalah. Nanti saya lunaskan impian kita itu, walaupun dengan orang lain. Hm.

Untuk sampai ke Dusun Gearbox Bangi megambil masa yang lama. Oh ya. Nanti sampaikan terima kasih saya pada GPS awak yang selalu membantu kita. Memandangkan saya memang co-pilot yang gagal dan tak boleh harap. Kahkahkah.
Disitu juga ada momen yang biasa tapi bagi saya yang terlalu menyayangi awak, ia kelihatan sungguh-sungguh sentimental dan bernyawa. Bagaimana kegigihan awak mahu menyuap nasi kepada saya. Bagaimana awak bersungguh memotongkan lauk pada saya sama seperti sungguhnya awak menyediakan steamboat di Johnnys sambil diperhatikan penuh bahagia oleh saya. Ternyata awak adalah harta paling tak ternilai bagi saya ketika itu. Bahagia sehingga saya tidur senyum setiap hari.
Terlalu bahagia awak.
Terlalu.

Sebenarnya saya tidak pernah serius memaksa awak memakai kemeja merah jambu. Saya memang sengaja membuli awak. Dan deal yang kita buat antara Japan dan Malaysia dalam badminton itu juga adalah gurauan. Saya jarang merajuk yang sungguh-sungguh pada awak kerana awak adalah ciptaan paling indah yang sukar saya nafikan. Dan mungkin awak tak tahu, saya selalu curi-curi senyum. Ah bodohnya bila mengenang saya yang terlalu emosi masa kita ke Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu. Sepatutnya saya hari itu menjadi perempuan paling bahagia kerana memiliki awak.
Maafkan saya.
Maafkan saya kerana tak pandai menilai kebodohan saya.

Sehinggalah suatu hari saya kehilangan awak.

Saya tidak tahu dimana kekuatan tiba. Tapi nyatanya daripada awak. Terima kasih awak. Lihatlah, betapa dihari-hari akhir awak mahu meninggalkan saya pun awak masih begitu baik dengan saya. Bagaimana awak perlahan-lahan mengajar saya erti keseorangan dan kekosongan, bagaimana awak bantu saya untuk berhenti bergantung harap pada awak lantas menjadikan saya berdikari dan dewasa. Bagaimana awak mengajar saya untuk hidup tanpa awak dan kesakitan itu perlahan-lahan menjadi pemangkin kedewasaan saya hari ini.

Saya sedar saya sebenarnya perempuan kuat yang malas. Yang malas bangun. Malas hidup. Malas lupakan awak padahal saya boleh lakukan semua itu bila-bila masa saya mahu. Saya pemalas dan manja. Dan awak pun tahu saya memang manja. *ketawa tutup mulut.
Sebab awak pernah beritahu dan saya tak percaya.
Maafkan saya.
Maafkan kemanjaan saya.

Oh ya, mengenai twitter yang sering menjadi tempat meluahkan ketidakpuasan hati terhadap awak adalah kerana saya tak mampu marah awak depan-depan. Tengok awak senyum aja saya sudah cair jadi mana mungkin saya mampu berterus terang yang saya marahkan awak jika kemarahan itu cuma seminit dua. Silap saya adalah melampiaskan di twitter tanpa menyedari saya dipantau dari jauh. Kahkahkah.
Sekali lagi, padan muka saya. (Sengaja jelaskan walaupun takdiperlukan lagi)

Awak.
Mengarut betul bila fikir kita akan tamat secepat ini tapi lagi mengarut bila fikir entah bagaimana cepat pula kita jatuh cinta. Bagaimana setiap apa yang awak cakap, beritahu dan pesan terlalu melekat dihati saya bahkan ada beberapa ungkap kata yang awak pesan masih saya boleh hafal susunannya. Awak dan power awak dan saya dengan power saya akhirnya boleh kita bingkaikan dirumah keluarga masing-masing nanti.

Kelakar perkara akhir yang kita lakukan bersama adalah menyanyi.

Awak.
Jika mahu dizahirkan kebaikan-kebaikan awak dan kemanisan-kemanisan cinta kita mungkin takkan habis sampai bila-bila. Jadi baiklah jika saya berhenti disini.
Berbahagialah awak walau dengan siapa, dimana atau bagaimana pun kehidupan awak. Dan doa untuk awak sentiasa saya titipkan. Jangan risau, saya sudah berhenti menangis.

Berbahagialah kita dalam melawan kenangan, selamat hari lahir ke-30 cinta yang disiakan.
Marilah kita menutup jodoh kita dengan tasbih kifarah.

Nanti ada masa kita minum kopi sama-sama lagi ya?

Surat ini valid bermula 01/10/14 sehinggalah pemilik blog meninggal dunia.

Saturday, July 19

How I met your father; Chapter 7: Plane Crash MH17.

Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Allah (alone) is sufficient of us and He is the best disposer of affairs (us) - Al-Imran (3:173)
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minalzhalimin. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau Maha suci Engkau, sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim.
Kuatkan hati.
kuatkan hati,
Tuhan ada.

Thursday, July 17

How I met your father; Chapter 6: A lot like love.

He still be my favourite love story. Our farewell air jagung, our first date baju biru, abg karok open kehilangan firman, when we pretended to be serious then masing-masing gelakkan muka serius masing-masing, he's my pembuli, I'm his favourite pembuli, when he marah me didn't finish my food, when I'm sulking then I mengada-ngada hulur duit kekonon nak tebus sebab dah membazir, when he tak layan pun I marah then buat lawak pandai lepastu I gelak curi-curi, when he still keep on steady melayan bila I dah mula silang tangan sebab merajuk, when dia marah I sebab main tinggal je kat uptown jalan Reko padahal gua merajuk sebab dia lagi suka pinball dari layan gua cari tudung, when he still steady acah-acah cool bila gua  mengada-ngada ikut kepala sendiri di mana-mana waima ketika makan bersama keluarga dia, di panggung wayang, di taman Putrajaya, di depan rumah, dan bagaimana bila dia make me nangis, the he pujuk macam tak pujuk with his ' alaaaa nangis ke? kesiannya. Dahh jangan nangis..." keep on 'ghosting' me.

Sekarang bagitahu macam mana nak buang dia dari memori?

Tuesday, March 4

How I met your father; Chapter 5: Tasteless.

That evening was beautiful and it was the first day, we agreed to fade away all the misunderstanding between us.
Dia memulakan bicara pertama.

As you know, he was so calm and realistic. As I told before, he was the 'calmest' person ever. He started that conversation which is change everything that supposed to be.

He still calm and cool as he is.
He lovely
till
today.

Thursday, February 13

How I met your father; Chapter 4: Teaser.

I'd remember, it was a very calm day. At started, our conversation; also, was the very calm conversation ever. Kami sempat bergurau senda untuk hal-hal yang kecil sehingga satu pesanan yang memusnahkan hari super tenang itu.

Ini masuk kali ketiga dia memanggil saya dengan nama asing. Masa itu, dalam fikiran, saya yakin, dia adalah seorang lelaki yang tidak move-on dari kenangan lalu, yang berpura-pura cool. 

Jengkel.

Dan saya adalah seorang yang tidak mungkin bertolak ansur dengan manusia-manusia begini. Alasan saya, saya pernah diputuskan dan tak diberi ruang untuk menjelaskan keadaan saya yang sebenar tentang kenapa bibir saya tidak lekang bercerita perihal kekasih lama pada teman baharu. 
Sad, but I'm sure it's fair.
Really fair.

So that's incident throw us in terrible. Saya putuskan untuk diamkan diri beberapa hari.
Untuk berfikir.
Untuk mencari keputusan yang terbaik yang sebenarnya saya sendiri tak tahu kewujudannya.
Rindu. Tetapi otak dan perasan begitu pandai memujuk. 
"Lebih baik lu kehilangan dia sekarang sebelum lu semakin tenggelam dengan cinta si-tak-mahu-bergerak-atas...." Bisik alter ego saya.
Sinis dan penuh makna.

Tetapi perasan benar-benar tak mahu menipu. Masuk hari kedua saya meprotes secara senyap, saya tewas. Saya mula menjawab pesanan ringkas daripada dia. Meskipun ia lebih kepada ucapan-ucapan selamat tinggal dan hujah-hujah ketidak-puasan hati, namun dari hati yang paling dalam, saya terlalu berharap diberi penjelasan masuk akal.

It was midnight. The air was fair. He keep on coax me again and again.
Bicaranya tenang, tetapi tidak dipihak saya. Keras dan ego. And at middle of the conversation,

"......Kita kahwin sebelum habis tahun depan okay? Awak sanggup tak hidup susah dengan saya?

Perselisihan remeh ini dibalas dengan lamaran. Lamaran yang sebenarnya hanya mimpi-mimpi saya disiang hari sebelum ini. Dalam kabut menghadam apa yang saya dengar malam itu, jujurnya saya gembira. Saya sebenarnya terlalu dibagi muka oleh Tuhan diusia dua-puluhan. Dan saya setuju untuk menghapuskan kenangan cinta monyet saya dengan John Lennon dan mengambil serius dengan Majin Boo pada usia 23 tahun. If God wills.

Bab ke-4 ini ditaip bonda dalam kabut persiapan satu bulan setengah sebelum ke langkah yang seterusnya dan satu minggu sebelum terbang ke darul naim untuk kali pertamanya bertemu orang penting. Doakan yang baik-baik!

To be continue...

Saturday, February 1

How I met your father; Chapter 3: Disaster.

Life fills of test.
So do love. 
Apa yang paling saya takut dalam kehidupan adalah kehilangan apa yang saya cinta. Dan kenyataan hidup, kawan baik bagi setiap pertemuan adalah kehilangan. 
Mungkin bezanya cuma waktu.

Bila jatuh suka segalanya kelihatan terlalu sentimental. Sehinggakan perkara-perkara biasa seperti menikmati dedaun yang luruh ditengah jalan dalam perjalanan memperkenalkan dia pada ahli keluarga, atau the moment we walked together along the tasik dan perasaan apabila dia berkata sesuatu yang manis seperti, " One day, when we grow old, I'll buy you a bicycle, jadi kita boleh berbasikal disini dan jalani hidup yang sihat bersama", menjadi perkara yang menenangkan perasaan setiap kali hati mula terasa kabut dengan kehidupan.

Tapi hidup tak lari dari masalah.

Lately, I noticed something. Kita selalu berselisihan untuk hal-hal kecil yang sebenarnya jika dibiar-biar ia bakal menjadi barah dalam hubungan. Dan dia, tak pernah mengabaikan apa sahaja salah faham antara kami and make everything clear. Even it clear, he'll make it clearer. Saya yakin puncanya dari saya. Saya yang terlalu stress dengan kerja.

Bonda yang ketika menaip bab ke-3 ini berusia 23 tahun dan tak tahu mengawal emosi. Sedih.
Err maksud bonda, saya. kihkih.

Sunday, January 12

How I met your father; Chapter 2: Random Routine.

We used to connect each other by messaging. Since, I didn't have a smartphone so that telco sms is the only way to keep in touch because we were poor in distance. And nobody know, saya kagum gila since I know that he actually spend 10cent/sms to connected with me. Maybe it's look like, 10sen apalah sangat, mungkin dia mampu, but to a person like me [read:sentimental] awak akan rasa, powernya menghabiskan RM10 untuk hanya 100sms dengan kita sedangkan kau boleh chat free pakai whatssap, dan dengan kenyataan tak semua orang sanggup berpesanan ringkas di zaman serba moden ini.

Jadi kelaziman itu diulang berkali-kali. Even there were no points or important things to discuss we still enjoying the moment, share laughs, tears and sometimes merajuk pun through sms je. Sedihnya duduk jauh-jauh. Ghindu pun paling kuat bergayut 2,3 jam. Now, it's become routine. Beautiful routine ever.

Sayangnya, rutin harian mula bertukar jadual. Dulu saya menanam anggur ditepi bibir [read: penganggur] bolehlah sentiasa ada, sikalang saya dah mula kerja. Kadang-kadang bila saya pulang dari kerja, dia masih ditempat kerja. Waktu siang kami hanya dengan beberapa pesanan 'jangan lupa makan'. Jadi, rutin berubah. Dulu saya tidur jam tiga pagi, sekarang jam sebelas malam bateri saya tinggal 10%. Saya melalui fasa 2,3 hari pertama dengan penuh jerih dan perih. The moment when, dulu sehari lebih kurang 100 kali mengulang kelaziman, sekarang kadang-kadang cuma 20 something-something sms sahaja. Paling teruk, saya selalu tertidur masa conversation. Rasa dia memang tak best. Disamping that time you need somene to gives you strengthen dalam menghadapi dunia baru. Teruk. Perasaannya teruk dan menyedihkan. The situation become worse when he gave me his burberry, dan kerinduan semakin menggila. Tidur peluk perfume boleh?

Monday, December 23

How I met your father; Chapter 1: First date

It was silent.
Well, the gerai tepi jalan was noisy, as always.

I remember our first-date, with the same blue shirts, it became so calm and realistic. 
There was a few stalls and mini-stage for karaoke. And Abg Don (indon) confidently on stage sang a song 'Kehilangan by Firman'. The sound was so loud but the two of us still silent.

“Minum?” Asked the waiter.
“Teh O' suam.” Said he. 
“Teh Ais.” I mimicked. The waiter smiled and repeated the order. 
“Teh O' suam & Teh Ais. Ok.”
“Tak, tukar Teh Ais 2, ok.


And between the long silence of waiting for the drink, he started talking.

So, Anis do you have a boyfriend?
No. I don't think boyfriend is so important.” Confident answer as always.
“Kalau nak kahwin kena ada boyfriend.” Soft and clear.
Saya tunggu jodoh jatuh dari langit.” 
And both of us, laughed.
We talked about love and jodoh, about life, past and versus.
Don't you think that, it was a very best moment when you talking about something beautiful; 
like love, with a stranger?

“Anis, dekat mana tu? 
Agaknya sempat ke saya ucap dan minum sebelum farewell ke awak” He asked
“Saya tengah makan, sekejap lagi dah balik.” a bit dissapointment there actually.
“Tengah makan? Nak joinnnnn.
“Okay cepat sebab saya dah nak siap ni. 
“Saya dah otw ke awak, sempat tak sempat saya pergi juga okay.

And I remember, 
we walked around the ceremony without any intention, to kill the time,
and how the feelings when this two eyes have to following his last steps
and that farewell 'Air Jagung'.

To be continue...