Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Tuesday, July 17

Terlalu.




Anda punya kawan baik (lelaki) . Anda mengenali kawan baik anda hampir 2 tahun . Anda berkongsi hampir 88% aktiviti harian anda dengan kawan baik . Di pertengahan hubungan yang berlangsung dengan manis ini , anda jatuh cinta . Ya anda jatuh cinta . Makanya 88% yang anda kongsikan dengan kawan baik tadi haruslah dibahagi sama rata , adil saksama kerana dalam hati anda ada 2 jenis cinta . 2 jenis cinta , tapi berbeda rasanya .

Awalnya kehadiran kawan baik disenangi kekasih hati anda , malangnya panas tak sampai ke petang . Fashion bawal ombak ghindu juga mungkin akan hilang ditelan masa suatu ketika nanti . Kekasih anda mencurigai hubungan suci anda dan kawan baik . Benar memang benar , bila makin sayang makin tinggi rasa curiga . Anda memahami perasaan kekasih hati anda , anda juga mengerti hati kawan baik anda .

Perih pedih hati kekasih hati anda , perih juga hati kawan baik anda . Juga hati anda . 

Transmission .

Kekasih anda begitu yakin anda dalam situasi trilogi . Kekasih anda mendesak anda memilih salah satunya . Kekasih hati yang buat hati anda yang seperti kaca akhirnya berderai menjadi kapas , atau kawan baik yang sangat comel , secomel teddy bear hadiah ulangtahun kelahiran hadiah daddy yang ada di setiap minit dan penawar mimpi ngeri anda ? Anda dalam situasi paling kritis , betul-betul kritis . Sayang memang sayang tapi keputusan perlu dibuat .

Bagaimana ? Apa yang paling wajar anda lakukan ? Meninggalkan kawan baik kerana anda yakin kekasih anda itu cinta mati anda ? Atau tinggalkan cinta anda untuk manusia paling menakjubkan dalam cerita hidup anda ? Atau meninggalkan kedua-duanya dan membiarkan hati anda dikoloni rasa pedih tahap tinggi ? Atau teruskan sahaja dan menipu kedua-dua manusia kesayangan anda ? Dan sampai bila ?

Dilema adalah sakit bagi aku ! Memang sakit paling sakit selepas mati bagi aku . Membuat keputusan memang satu jenis penyakit bagi aku . Memang sangat perih , memang bisa buat aku termenung 1 hari tanpa makan walhal makan adalah perkara paling aku cinta selepas mendengar lagu koleksi The Beatles . Arghh konklusinya ini memang sakit . Aku sedang sakit . Dan memang aku sendiri tiada jawapan untuk persoalan diatas .


* Aku selalu fikir kawan dengan kekasih , aku harus pilih kawan sebab kalau aku putus kasih dengan kawan jugalah tempat aku nak tertonggeng nanti . Ahh entahlah .