So masa yang terluang dihabiskan dengan tawaf 1 kampus untuk settle kan semua kerja-kerja yang tertangguh seperti menghantar assignment . Ye , bukan cerita apa yang berlaku pada hari ini yang nak saya bebelkan disini . Tetapi mengenai sesuatu yang saya terpandang dan mendorong saya untuk menaip .
Masa zaman saya sekolah dulu , saya akui masa tu kriteria untuk pilih Bf memang teruk gila . Dulu kalau nak Bf mesti nak yang naik motor besau-besau , mesti yang jenis lepak-lepak tepi jalan , mesti yang mempunyai tahap keglamouran sehingga ke kampung sebelah , bukan sebab hafal Quran tapi sebab malam-malam merempit , mesti yang kaya sebab boleh topupkan , tak budiman takpe janji romantic . Betapa saya bangga jika kisah perebutan Bf dengan perempuan lain tersebar sehingga ke kampung-kampung terdekat . Errrr kalau boleh semuanya nak lebih dari Bf orang lain .
Ketika itu , saya adalah budak sekolah yang mana tudung pon kadang-kadang terbang , pemakaian masih lagi dengan trend tak masuk akal , ada ke patut saya pakai baju berlengan pendek yang agak ketat , tudung boleh pulak ikat reben , dan merasa diri amat-amatlah cute . Sila lempang muka saya jika saya sedemikian di usia setua ini ! Masa tu seriously saya perasan yang saya mempunyai tahap memilih Bf yang paling tinggi atau kata lain , high-taste ! Memang fikir guna hati , otak tolak tepi . Kematangan memang zero ! Tak tahu malu sungguh kan ? -,-
Bila dah tua-tua ni , dah fikir nak berubah , nak jadi lebih serius . Alhamdulillah . Mula lah sibuk nak cari jodoh sebab jeles tengok kawan-kawan ada sumber inspirasi , sebab Bf yang disangka gah suatu masa dahulu , yang kononnya tip-top gila hanyalah 1 persinggahan (bukan lagu Rahmat) zaman remaja atau bahasa kasarnya zaman baru nak up . Bhahaha . . Gelakkan diri sendiri . Sekarang sibuk nak jeles sebab Bf dia rajin solat .
Serius saya jeles Bf awak rajin Solat !
"Ya Allah kurniakanlah apa yang terbaik untukku dan janganlah Kau membuat aku terlupa untuk bersyukur kepada-Mu . . "
"Katakanlah : " Sesekali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami . Dialah Pelindung kami, Dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal ." (QS 9:51)
NOTA KAKI : Tak sangka ada reader tunggu update saya . Tq OM bukan nama sebenar .
Regards ,
Rokiah Wandah