Friday, March 30

STANDARD .

Hari Jumaat yang penuh Barakah , penuh dengan keceriaan bagi saya . Kelas yang sepatutnya habis pukul10 , telah ditamatkan seawal 9 something . Kelas seterusnya , matematik kejuruteraan yang sepatutnya berlangsung selama 2 jam , batal . Bhahaha . . Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi student macam saya kalau tidak 2 situasi di atas . hehehe .

So masa yang terluang dihabiskan dengan tawaf 1 kampus untuk settle kan semua kerja-kerja yang tertangguh seperti menghantar assignment . Ye , bukan cerita apa yang berlaku pada hari ini yang nak saya bebelkan disini . Tetapi mengenai sesuatu yang saya terpandang dan mendorong saya untuk menaip . 

Masa zaman saya sekolah dulu , saya akui masa tu kriteria untuk pilih Bf memang teruk gila . Dulu kalau nak Bf mesti nak yang naik motor besau-besau , mesti yang jenis lepak-lepak tepi jalan , mesti yang mempunyai tahap keglamouran sehingga ke kampung sebelah , bukan sebab hafal Quran tapi sebab malam-malam merempit , mesti yang kaya sebab boleh topupkan , tak budiman takpe janji romantic . Betapa saya bangga jika kisah perebutan Bf dengan perempuan lain tersebar sehingga ke kampung-kampung terdekat .  Errrr kalau boleh semuanya nak lebih dari Bf orang lain  . 

Ketika itu , saya adalah budak sekolah yang mana tudung pon kadang-kadang terbang , pemakaian masih lagi dengan trend tak masuk akal , ada ke patut saya pakai baju berlengan pendek yang agak ketat , tudung boleh pulak ikat reben , dan merasa diri amat-amatlah cute . Sila lempang muka saya jika saya sedemikian di usia setua ini ! Masa tu seriously saya perasan yang saya mempunyai tahap memilih Bf yang paling tinggi atau kata lain , high-taste ! Memang fikir guna hati , otak tolak tepi . Kematangan memang zero ! Tak tahu malu sungguh kan ? -,-

Bila dah tua-tua ni , dah fikir nak berubah , nak jadi lebih serius . Alhamdulillah . Mula lah sibuk nak cari jodoh sebab jeles tengok kawan-kawan ada sumber inspirasi , sebab Bf yang disangka gah suatu masa dahulu , yang kononnya tip-top gila hanyalah 1 persinggahan (bukan lagu Rahmat) zaman remaja atau bahasa kasarnya zaman baru nak up . Bhahaha . . Gelakkan diri sendiri . Sekarang sibuk nak jeles sebab Bf dia rajin solat . 

Serius saya jeles Bf awak rajin Solat ! 


"Ya Allah kurniakanlah apa yang terbaik untukku dan janganlah Kau membuat aku terlupa untuk bersyukur kepada-Mu . . " 

‎"Katakanlah : " Sesekali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami . Dialah Pelindung kami, Dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal ." (QS 9:51)


NOTA KAKI : Tak sangka ada reader tunggu update saya . Tq OM bukan nama sebenar .

Regards ,
 Rokiah Wandah 

17 comments:

Jahidih Saili said...

Salam..mg bertemu lelaki yg baik..amiiiiiinn :)

Anonymous said...

yeah... yeah!!! akhirnye.. tq2...

Anonymous said...

ilmu bukan pada pointer!!! ilmu adalah kehidupan... :)

EG said...

Terbaik. Semoga berjumpa dengan yang terbaik.

Cik Lia Lomi said...

semoga mendapat lelaki yang baik begitu juga dengan Lia..heee

dulu pun Lia macam tu jugak..teringin nak bf yang hensem dan kayo tahap mmenjeleskan sekalian umat..kehkehkeh

yad'z said...

Insha Allah.. one day, akan bertemu dengan bakal suami yang begitu.. =)

Gadis said...

Insyaallah banyakkan berdoa..

pasti dpt yang terbaik utk kamoo..=)

fatin adawiah said...

lelaki yg baik utk pmpuan yg baik..so jom same2 jd yg terbaik^^

O CIKTEDDY said...

Ya Allah..makbulkanlah doanya.Amin ^^

ejulz said...

Insyaallah akan bertemu jodoh yg telah ditulis olehNya.. :)

Shawn Razaleigh said...

semoga bertemu :)

suha said...

bila kita dah matang,kita akan gelakkan kebudakkan kita..nice entry (^_^)

iyka zulaika said...

masa kecik2 memang tak pikir apa apa. bila dah matang baru la kita sedar :) jemput dtg blog saya :D

ஜ miss klanika ஜ said...

semoga dipertemukan dgn lelaki baik2 ^^

zulhilmi tempoyak said...

klu kita pon rjin solat InsyaAllah kita akan dpt yg rajin solat. dalam Quran kn ad gitau. lelaki dan wanita yg baik hanya utk yg baik.. jgn diambil mereka melainkan mereka telah keluar dari kesesatan..

Iffah Afeefah said...

Insyaallah laki y baik utk pempuan y baik

nk harapkan y baik knela kita baik dlu kan

hope rajik solat n solat tu bermakna

bkn solat je rajin tp xterkesan dlm hati. Ade kn org begitu? Minta jauhla kan

IntanTanTinTon said...

assalam. hye! budak poli kan? thanks follow. hehe.. ni mmg kawan baik. slalu nmpk hampa dua :)