Tuesday, August 13

Dunia yang tidak adil.

Gua tahu jodoh, pertemuan, ajal di tangan Tuhan. Kita manusia biasa tak boleh kawal apa yang jadi dalam hidup kita, apatah lagi lawan takdir. Sebab Tuhan dah bilang, kunfaya kun. Kalau aku kata jadi, maka jadilah.

Gua tahu untung nasib ini bubuhnya ditangan Tuhan. Kalau kau mahu yang terbaik dalam hidup, Tuhan dah bilang usaha kena usaha. 

Tapi gua selalu nampak orang suka lawan takdir. Tuhan cipta bukan main molek jalan hidup, lu sibuk nak pergi ubah. Lu lupa Tuhan tu kalau nak tarik nikmat yang diberi bila-bila masa je.

Gua ada kawan. Dia punya baik, gua kalau nak cerita tak cukup 1 blog, gua kena create blog lagi 1. Itu cerita kebaikan dia, kalau pasal setia gua lagi tabik. Tak kisahlah setia pada Tuhan ke, ibu bapa ke, kekasih ke, dia memang dewi segala kesetiaan gua rasa. Tapi gua rasa dunia kadang-kadang tak adil.
Kenapa perempuan sebaik dia selalu jumpa dengan manusia yang suka merampas hak kebahagiaan orang lain. Gua tak faham kenapa dia mesti jumpa lelaki tak guna.

Tapi gua tak boleh salahkan siapa-siapa. 
Macam apa yang gua cakap tadi, kita tak boleh lawan takdir.
Dan kita mesti,
usaha.
Untuk bahagia.

4 comments:

Anonymous said...

kita tak boleh lawan takdir.
Dan kita mesti,
usaha. suka ayat nie ,nice word :)

Rokiah Wandah said...

siapakah gerangan anon ni!

Anonymous said...

anak pak non :)

Rokiah Wandah said...

oh jiran koi