Apabila berdua-duaan dengan roomate di hujung minggu dengan suasana sekeliling yang sunyi haruslah saya terbuai-buai perasaan rindu terhadap rumah yang jauh nun di pantai Timur sana . Di kesunyian itu teragaklah saya untuk menaip setelah membawa jauh fikiran saya pada sesuatu . - sila pening !
" Eh busuk lah kau , tak pakai deadoran ek ? "
" Muka kau tak cantiklah pakai tudung macam tu , buruk gila "
" Gemuk lah kau , makan berapa pinggan sehari "
" Kasut kau tak de yang cantik sikit ke ? "
Pernahkah tak dapat kawan semua benda tak kena kat mata dia ? Bagaimanakah berhadapan dengan kawan yang mulut longkang laser ? Pernah tak ada kawan mulut laser atau mungkin lebih laser dari laser ? hehe . . Mengikut pengalaman aku adalah kot zaman dulu-dulu . Orang-orang macam ni kadang ada sebab tersendiri jadi camtu . Kadang sebab takde benda nak cakap , satu lagi sebab jeles . Eh ?
Ada yang laser-laser ni bagi alasan ter'laser' sebab taknak kutuk belakang , so kutuk jela depan-depan kurang sikit dosa ye dak ? Eh memang lah kutuk belakang tu dosa , tapi kutuk depan dapat pahala ke . Kalau empunya badan yang kena laser kau tu tacink camne ? Lebih-lebih lagi kau sound deret depan teman-teman seperjuangan yang lain , tak ke kurang asam di situ ? Dah la dah guriskan hati seseorang malukan depan orang pulak tu . errrrr . .
Tidak perlulah kita sebagai rakyat Malaysia yang berpegang dengan prinsip 1 Malaysia nak jatuhkan orang lain dengan melaser orang yang kurang sempurna sikit dari kau . Maybe lah kau class kan jah so kau nak bajet-bajet hot tegur imej orang lain . Eh please , ada banyak cara nak kita nak tegur orang tolonglah jangan tegur macam tak belajar manners ye . *loser*
Orang macam ni senang je , kalau dia sembur kita , kita sembur balik .
- Kau jawab je "Ye aku tak pakai , mai duit aku nak beli Nivea .
- Senyum pastu cakap kuat-kuat " Janji ada orang sayang . . .
- Buat-buat tak faham pastu tanya " Agak nak belanja aku makan ke apa ?
- Dah takde soalan lain ? " Asal ? nak pinjam ???????
asal muka kau senget ? Kau DIAM ! -,-
Saya disini amatlah menentang sekeras-kerasnya aktiviti golongan-golongan mulut takde insurans ni . Euwwwww perasaan bagus mencurah-curah ke ladang gandum menyebabkan orang macam ni tanpa segan silu main sembur je orang lain . Perasaan orang tu adalah benda yang paling mahal untuk disakitkan . Kalau kau takde kerja lain , baik pergi mengaji . Takpun laser diri sendiri dulu baru orang lain . Hewhewhew . Maaf emosi pula haha . Btw , sama-sama lah kita saling jaga menjagai hati masing-masing . Kalau rasa nak kutuk sangat , kutuk belakang-belakang . macam aku selalu buat .
Mu’adz Ibnu Jabir bertanya kepada Rasulullah SAW :
“Ya Rasul, jelaskanlan kepadaku tentang amal perbuatan yang mewajibkan aku masuk surga dan menjauhkannya dari api neraka ?”
Rasulullah SAW bersabda:
’Jagalah ini (mulut/lidah) sambil beliau pegang. Dia bertanya lagi: ‘Ya Rasul, adakah tuntutan bagi perkataanku semuanya ? Rasulullah menjawab : “ Celaka kau, ketahuilah kebanyakan manusia terjerumus ke jurang neraka, akibat ucapan yang keluar dari lidahnya.” (Musnad Imam Ahmad No.21511 / Tirmidzi No. 2616 / Ibnu Majah No. 3973).
" Good manners are just a way of showing other people that we have respect for them. ~Bill Kelly . . . . "
salam maulidur rasul .
8 comments:
mungkin beliau tak cukup kasih sayang. ;)
hehe,,selalu gak jumpe org macam nih..butakan mata , pekakkan telinga je.:P
byk org yang mcam nie. betul2 menyakitkan hati.
he..he..kalo org2 mcm ni kalo dia tegur pape memg mals nk jwb..senyap je..so nnti dia malu sndiri
org xde life mmg gitu :P
haiiiii awak ;)
jemput la dtang ke blog einaz. ada info penting untuk anda sebagai wanita, punca pad yang diperbuat daripada bahan kitar semula menyebabkan kanser rahim.takut kan..
berhati-hatilah... Salam MaulidurRasul... =)
be careful laa sweety :)
salam maulidur rasul ^^
Post a Comment