Wednesday, April 25

Matured.

Pernah menipu diri sendiri ?
Saya pernah , banyak kali .  

Masih sempat lagi saya menaip di tengah kesibukan peperiksaan akhir . Tergerak untuk menaip , untuk berkongsi . Saya adalah seorang gadis di awal 20-an . 1001 macam cabaran harus saya lalui . Masih lurus pemikirannya , masih senang dikoloni hatinya .

Juga masih persis seperti lalang .

Saya memilih diusia 21 ini , saya berhati-hati mencari keseronokan . Berhati-hati dengan perlakuan . Jujurnya ia berlaku hanyalah selepas saya memaksa diri untuk menjadi matang . Dan kerana itu berbagai alasan yang saya cuba realitikan untuk menjaga hati saya dan orang sekeliling saya .
Niat saya cuma 1 , telah banyak ruang-ruang kosong yang belum sempat saya isikan kerana terlalu melayan nafsu .

Perempuan ada banyak nafsunya . Kalau kau ada sumber inspirasi nya masakan saya hanya melihat . Kalau kau cantik bergaya mengikut trend semasa , adakah saya hanya membatukan diri ? Pasti tidak diusia semuda ini .

Pasti tidak .

Begitu naif saya ini .
Saya cuba . Saya tak perlu cemburu dengan orang lain , saya hanya perlu mengaguminya . Saya tidak boleh sesekali menyuarakan ketidakpuasan hati hanya kerana kekasih hati yang mengabaikan saya untuk urusan-urusannya . Saya harus belajar memaafkan dan meminta maaf dan merendah diri  , dengan sesiapa sahaja . Tanpa prejudis . Dan saya memaksa , memaksa dan terus memaksa diri saya untuk mengiyakan yang tidak dan menidakkan apa sahaja yang saya ingin sekali berkata ya .

Jadi berlakulah pencampuran emosi disini . Saya tidak gembira tetapi berasa lega . 
Rasanya sama seperti membatalkan temujanji dengan si dia yang berkali-kali ditunda  , dan menemani ibu berbelanja .

Melepaskan lelaki yang disayangi untuk kawan baik .

Dan melupakan kekasih lama .
Mungkin .

Okay bukan mungkin , tetapi ya . Saya tidak gembira tapi bagi saya ,
Sekurangnya saya tak melukakan hati kedua-duanya .
Sekurangnya saya tak melukai hati kawan baik saya .
Sekurangnya saya tak melukai orang yang hadir  selepas kekasih lama saya .
Saya tenang .
Tenang setenang-tenangnya .
Matangkah saya ?




" Kadang-kadang menipu diri itu perlu , sekurangnya kau tak mengecewakan diri sendiri jika tahu yang benarnya .
Tidak gembira , ya memang tidak gembira . Titik . Tapi Tuhan hadiahkan kau dengan lega .
Syukurlah .

Tidak pernah sekali pun aku ajar diri aku untuk berasa sedih memujuk diri sendiri . Aku buktikan matangnya aku pada diri sendiri . Sudah memadai . " -Rocky 


Mungkin . 

" Kemahuan kau bukanlah apa-apa . Jangan sedih , Tuhan kan ada . "
Senyum . :)

pic credit : google

6 comments:

ezyra taharin said...

yaa tuhan sentiasa ade gn kte^^

Anonymous said...

akak kene tetapkan pendirian akak!! :) be strong!!!!

hamzah ian said...

jangan sedih tuhan kan ada..

nice

Unknown said...

Aku ske blog ni

keep writing k

M Fizan said...

huhu. berat nak hadam ni. tabah kan rokiah? :)

la tahzan. Allah ada bersama orang yang sabar. jangan tipu diri sendiri. you feel the pain.

fifie said...

InsyaALLAH tuhan akan selalu bersama awak rocky.

Btw, I'm new here :)