Pernah
menipu diri sendiri ?
Saya
pernah , banyak kali .
Masih
sempat lagi saya menaip di tengah kesibukan peperiksaan akhir . Tergerak untuk
menaip , untuk berkongsi . Saya
adalah seorang gadis di awal 20-an . 1001 macam cabaran harus saya lalui . Masih lurus
pemikirannya , masih senang dikoloni hatinya .
Juga
masih persis seperti lalang .
Saya
memilih diusia 21 ini , saya berhati-hati mencari keseronokan . Berhati-hati
dengan perlakuan . Jujurnya ia berlaku hanyalah selepas saya memaksa diri untuk
menjadi matang . Dan kerana itu berbagai alasan yang saya cuba realitikan untuk
menjaga hati saya dan orang sekeliling saya .
Niat
saya cuma 1 , telah banyak ruang-ruang kosong yang belum sempat saya isikan
kerana terlalu melayan nafsu .
Perempuan
ada banyak nafsunya . Kalau kau ada sumber inspirasi nya masakan saya hanya
melihat . Kalau kau cantik bergaya mengikut trend semasa , adakah saya hanya
membatukan diri ? Pasti tidak diusia semuda ini .
Pasti
tidak .
Begitu naif saya ini .
Saya
cuba . Saya tak perlu cemburu dengan orang lain , saya hanya perlu mengaguminya
. Saya tidak boleh sesekali menyuarakan ketidakpuasan hati hanya kerana kekasih
hati yang mengabaikan saya untuk urusan-urusannya . Saya harus belajar memaafkan
dan meminta maaf dan merendah diri ,
dengan sesiapa sahaja . Tanpa prejudis . Dan saya memaksa , memaksa dan terus
memaksa diri saya untuk mengiyakan yang tidak dan menidakkan apa sahaja yang
saya ingin sekali berkata ya .
Jadi
berlakulah pencampuran emosi disini . Saya tidak gembira tetapi berasa lega .
Rasanya sama seperti membatalkan temujanji dengan si dia yang berkali-kali ditunda , dan menemani ibu berbelanja .
Rasanya sama seperti membatalkan temujanji dengan si dia yang berkali-kali ditunda , dan menemani ibu berbelanja .
Melepaskan lelaki yang disayangi untuk kawan baik .
Dan melupakan kekasih lama .
Mungkin
.
Okay bukan mungkin , tetapi ya . Saya tidak gembira tapi bagi saya ,
Sekurangnya
saya tak melukakan hati kedua-duanya .
Sekurangnya
saya tak melukai hati kawan baik saya .
Sekurangnya
saya tak melukai orang yang hadir selepas kekasih lama saya .
Saya
tenang .
Tenang
setenang-tenangnya .
" Kadang-kadang
menipu diri itu perlu , sekurangnya kau tak mengecewakan diri sendiri jika tahu
yang benarnya .
Tidak
gembira , ya memang tidak gembira . Titik . Tapi Tuhan hadiahkan kau dengan
lega .
Syukurlah .
Tidak pernah sekali pun aku ajar diri aku untuk berasa sedih memujuk diri sendiri . Aku buktikan matangnya aku pada diri sendiri . Sudah memadai . " -Rocky
Mungkin
.
" Kemahuan kau bukanlah apa-apa . Jangan sedih , Tuhan kan ada . "
Senyum . :)
pic credit : google
" Kemahuan kau bukanlah apa-apa . Jangan sedih , Tuhan kan ada . "
Senyum . :)
pic credit : google
6 comments:
yaa tuhan sentiasa ade gn kte^^
akak kene tetapkan pendirian akak!! :) be strong!!!!
jangan sedih tuhan kan ada..
nice
Aku ske blog ni
keep writing k
huhu. berat nak hadam ni. tabah kan rokiah? :)
la tahzan. Allah ada bersama orang yang sabar. jangan tipu diri sendiri. you feel the pain.
InsyaALLAH tuhan akan selalu bersama awak rocky.
Btw, I'm new here :)
Post a Comment