Wednesday, July 4

Lama.

Melupakan memang mustahil . Jadi anda putuskan untuk berhenti memikirkan perihal masa lalu anda . Anda telah pun mampu bersembunyi walaupun hanyalah di balik senyuman palsu . Anda berdiri sendiri , menghalakan kaki kehadapan tanpa memandang ke belakang lagi . Anda temui pengganti tempat mengadu . Anda difasa paling indah , tetapi ditengah-tengah fasa itu masa lalu anda datang menerkam diri dan perasaan anda .

Kekasih lama datang kembali . Manusia memang banyak agenda . Bekas kekasih anda banyak agenda . Mungkin dia akan hadir kala dia di dumped oleh kekasihnya , mungkin juga dia akan hadir kerana dia baru menyedari anda memang pilihan yang tepat , ataupun mungkin dia akan hadir untuk mengambil tahu jalan hidup anda selepas putus dengannya .

Ia bukanlah suatu masalah , bekas kekasih boleh hadir bila-bila masa yang dia mahu . Tapi ia menjadi masalah apabila anda telahpun menemui pegantinya . Makin besar jadinya jika anda masih lagi menyimpan sesuatu rasa padanya , atau bekas kekasih anda jauh lagi sempurna dimata anda dibandingkan dengan kekasih baru . Anda buntu . Anda mahu kembali tapi masih bisa berfikiran waras .


Lari lah tinggalkan kesan tapak kaki mu .


Wahai hati yang mudah dikoloni , hati yang sama seperti aku , mohon jangan jadi bodoh . Dia mungkin menggangap anda adalah baju lama yang dia jumpa setelah membelek almari lamanya . Dia cuba mahu memakai baju lama tadi hanyalah kerana zaman sekarang sudah ada fashion Retro . Ingat , masa lalu adalah masa lalu . Masa lalu tidak mungkin kembali atau diputarkan kembali . Konklusinya , yang namanya masa lalu hanyalah sesuatu yang kita perlu jadikan sempadan buat masa depannya . Jangan berpatah balik . Meskipun apa yang anda ada belum mampu menandingi masa lalu mu , percayalah Tuhan itu tidak akan memberikan apa yang kita mahu , tetapi apa yang kita perlu ! 

Jika kekasih lama anda kembali sila jadi butakan mata atau mungkin kamu akan menyesal meninggalkan orang yang tulus menyanyangi anda untuk orang yang pernah menjatuhkan anda .

Epilog

Bismillah , dear my new chapter , May Allah bless us till Jannah . Ameen .

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

amin ~

ezyra taharin said...

sometime kte memang kne ati2 ble ex bf kte munncul balik dlm life kte..
dia uwhh juz nak "somethnx" je uwhh...ngeee...
wish kamoo n si dia y sjarg nie akan bahgia sntiasa k...
amin

nhdaughter said...

amin,moga kamu tak hanyut,

fifie said...

Sangat sangat indah entri nie. Jangan pernah hanyut dibuai perasaan terhadap bekas kekasih. Mungkin dia kembali punya agenda tersendiri.

fieza said...

amiin... :)
*jom follow
http://sayadalahaku.blogspot.com/

Judh said...

terima kasih kawan-kawan ku . :)

Unknown said...

Argh ni aku lalui

demm aku bnci rase itu